JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, November 23, 2015

Rani Kulup lebih bijak dari pak menteri ...

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar kini sedang diserang dan dilabel sebagai penderhaka hanya kerana bertemu dengan anak perempuan sultan Sulu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan pihak polis akan mengambil tindakan seterusnya terhadap Nurul Izzah sebab ia adalah satu jenayah besar yang tidak boleh dibiar!

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perbuatan Nurul Izzah itu adalah satu bentuk penderhakaan.

“Bagi saya bertemu dengan salah seorang anggota yang mengisytiharkan perang ke atas Malaysia ini sebagai satu tindakan penderhakaan kepada negara yang boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan Kanun Keseksaan kerana mengisytihar perang terhadap Yang di-Pertuan Agong." Katanya  di sini  

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Nurul Izzah  akan dipanggil untuk memberi kenyataan minggu depan berikutan tindakannnya yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Menurut laporan itu lagi, Nurul boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung tindakannya bertemu Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III. ~ 

Menurut Nurul, Jacel merupakan salah seorang daripada 15 tetamu yang dijemput penganjur program, iaitu Majlis Hal Ehwal Filipina dan Institut Asia Untuk Demokrasi, Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filipina.

Tapi, apa salahnya untuk Nurul Izzah berbaik-baik dengannya? Jacel tidak pernah melakukan tuntutan ke atas Sabah sebagaimana yang pernah dilakukan oleh ayahnya sebelum meninggal dunia.Nurul telah pun membuat penjelasan mengenai pertemuannya itu di sini

Komen al-Husseyn :


Perdana Menteri Malaysia bergambar dengan Ketua negara haram Israel seorang Yahudi dan seorang Zionis yang ganas. Tetapi Najib tidak pula dilabel sebagai penderhaka atau pengkhianat agama Islam.

 Rani Kulup lebih bijak dari KPN dan dua pak menteri kita tu....Rani tidak pun membuat laporan polis mengenai isu ini sebab program tersebut adalah anjuran Majlis Hal Ehwal Filipina dan Institut Asia Untuk Demokrasi, Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filipina.Program ini diadakan khas untuk menyokong laporan UN Working Group on Arbitrary Detention yang menggesa pembebasan Anwar Ibrahim.

Rani menyedari hanya yang bangang sahaja yang akan melakukannya! Kipidap bagero!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...