GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, November 20, 2015

RM1.5 juta untuk kerja-kerja pembaikan dan baik pulih di Bukit Aman lesap?

KUALA LUMPUR:  Cukup memalukan apabila  The Sun hari ini, melaporkan bahawa RM1.5 juta untuk kerja-kerja pembaikan dan baik pulih di Bukit Aman yang tidak pernah berlaku walaupun pembayaran kepada kontraktor direkodkan dan beberapa dozen transaksi untuk menyedut wang keluar melalui penggunaan tandatangan palsu dua pengarah polis dan seorang jurutera awam di Jabatan Kerja Raya (JKR). Baca di sini

Ahli Parlimen DAP menggesa polis Bukit Aman menyerahkan siasatan kes itu kehilangan RM1.5 juta itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya ia boleh dijalankan dengan cara yang lebih adil dan telus.

 Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng berkata hari ini, memetik satu laporan oleh The Sun bahawa RM1.5 juta bertujuan untuk pembaikan dan kerja baik pulih di ibu pejabat polis telah disalahgunakan.

 "Tidak patut bagi polis untuk menjalankan siasatan ini oleh mereka sendiri," katanya kepada pemberita pada sidang media.

Lim mencadangkan agar SPRM campur tangan dalam perkara ini dan mengambil alih kes itu supaya siasatan yang lebih telus dapat dijalankan.

 "SPRM perlu campur tangan dan mengambil alih kes itu dan polis sukarela perlu menyerahkan siasatan. DAP tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada SPRM sekiranya polis mendesak siasatan itu sendiri," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Soo kata Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Abu Bakar perlu menerima cadangan itu kerana ini boleh membantu memulihkan imej pasukan polis.

 "Kejadian seperti ini mencemarkan imej polis. Mereka perlu bertindak bersama-sama," katanya.

 Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berkata jika polis berkeras menjalankan siasatan mereka sendiri, jelas akan ada konflik kepentingan sendiri.

 Beliau mencadangkan mereka serahkan kepada pihak ketiga supaya siasatan telus dan boleh berlaku adil

"SPRM perlu masuk ke dalam. Pihak polis perlu melangkah keluar dan Ketua Polis Negara tidak boleh campur tangan," katanya. ~ Freemalaysiatoday
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...