GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, November 19, 2015

Sama ada Husam bercakap benar atau Hj Hadi berbohong

"Husam & DAP Berpakat Serang Presiden PAS" - Mustafa Ali

 Dalam satu sidang Media yang di buat oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat hari ini, Datuk Mustapa Ali mendakwa ada pakatan antara Husam & DAP untuk serang Presiden PAS.

 Ini adalah susulan daripada Kenyataan yang di buat oleh Husam pada beberapa hari yang lepas memohon agar Dato' Seri Haji Hadi Awang agar meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden PAS.

 Dalam masa yang sama juga kenyataan Husam mendapat beberapa sokongan daripada kepimpinan DAP dan kepimpinan PKR di dalam Pakatan Harapan.

 -Harapan Terengganu TV- di sini 

Komen al-Husseyn : 

Perangai PAS dah betul-betul macam Umno. Kenyataan Mustafa Ali diatas ini yang cuba mengaitkan Husam dengan DAP  adalah bukti bagaimana beliau cuba mengaitkan apa yang Husam dedahkan mengenai pengakuan Hj Hadi yang mahu bersama Umno untuk menubuhkan Kerajaan di Selangor itu hanyalah komplot bersama DAP untuk menyerang Hj Hadi.

Husam juga telah mendedahkan kebobrokan kerajaan Kelantan di bawah pimpinan yang ada ini cukup dengan bukti-bukti dan angka.

Tanpa menjawap segala tuduhan atau dakwaan Husam tersebut, Mustafa terikut-ikut cara Umno dengan menggunakan jalan pintas iaitu isu perkauman yang merupakan permainan yang ampuh bagi umno untuk lari dari realiti yang didedahkan Husam.

Mustafa seolah-olah nak beritahu kita, tak mengapalah, apa yang Hj Hadi buat untuk bersama Umno itu semata-mata bertujuan untuk penyatuan orang kita Melayu.Kita bukan macam Husam yang berpakat dengan DAP .... lebih kurang gitulah tujuan dia kaitkan DAP dan Husam, seolah-olah Husam menjadi alat kepada DAP.

Husam pertanyakan kembali kepada Mustafa : Adakah Cikgu kini sedang menjadi alat Umno sekali lagi?

Apa salahnya kalau DAP serang PAS? Sedangkan PAS siang malam serang DAP! Apa yang penting adalah, Mustafa Ali suruh Hj Hadi jawab kenyataan Husam itu sama ada Husam bercakap benar atau Hj Hadi berbohong. 
Comments
7 Comments

7 comments :

Wan Rosli said...

Alhamdulillah.. Husam dah menoktahkan segala tuduhan kpd TGHH.. setakat ini x ada impak pun pd kepimpinan PAS sediada.. jadi saya sarankan agar husam mula mengumpul 'kekuatan' (jika ada) hasil dari isu yg telah dia timbulkan itu utk berkempen bg muktamar pas yg akan dtg.. kan mudah tu..

Anonymous said...

Takpe bhai, siang cakap bohong, mlm boleh taubat nasuha... ulama kan?

tok janggut said...

Nama je mmperjuangkn Islam tapi mmfitnah..Islam kn diri tu dulu, baru lah nak Islam kn negara...sikap n akhlak Islam ke macam ni untuk mnyelesaikn masaalah..

tanya sama itu hud hud said...

Kes video lucah stopa ali apa cerita

nazi kelawar said...

Tak semesti bila DAP menyokong dakwaan dan pendedahan yang dibuat Husam membawa erti Husam dan DAP bersekongkol dan berpakat menyerang TGHA.Cuma isu yang dibangkitkan merupa sesuatu kebetulan sama dalam perjuangan mereka.Tak semestinya dirancang dan disepskati sebelum selaran dan kenyataan dibuat.Apa... Mustapha Ali serta pemimpin PAS yang sewaktu dengannya masih berada pemikiran tahun tahun 70han dan 80han.Sekarang kesedaran politik ahli ahli PAS dah tinggi dan matang.Semua dah bersekolah sekurang kurangnya tamat tingkatan 5.Cumanya mereka hanya mendiam diri dan memprotes dalam hati.

otoote said...

takde impak....cuma kelam kelibut dok lepas bontot kepanasan....satu parti Islam terkencing dalam kain lawan Husam sorg...
Deiii....anney....Hadi/stopa perlu 10 penipuan utk cover first lie....and another 100 to cover the 10 lies...
Takde ending Wan.....presideng ko dah jd mcm Najib dah...

Wan Rosli said...

80% tetap menyokong TGHH sbgvpresiden yg dikasihi.. memang rundingan kerjasama dgn umno wujud demi mencari isu2 yg boleh bawak kpd kebaikan itk rakyat.. so what? Kami ttp nak TGHH jd presiden kami dan menolak husam jd naib presiden kami (jauh beza tuh).. any problem with that?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...