GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, November 08, 2015

Tanda-tanda kerajaan tidak akan bertahan lama ...

Prof Mohd Dr Nazari (kiri) Prof Madya Dr Fakhruldin dan Dr Dzulkefly Ahmad
 Ipoh : Sewaktu bercakap di Forum Ekonomi malam tadi yang menyentuh mengenai pembentangan bajet 2016, Prof Dr Mohd Nazari mendedahkan bahawa kerajaan Malaysia adalah dalam keadaan yang sangat tertekan.

“Kerajaan sekarang ini dalam keadaan tertekan kerana pendapatan dari sumber tradisional iaitu minyak telah jatuh secara mendadak. Pada tahun 2009, ianya ialah 41%, sekarang ini hanya 19.7% sahaja.

 “Kebergantungan keatas minyak sudah tidak dapat dilakukan lagi . Oleh kerana itulah kerajaan sangat terpaksa bergantung kepada sumber lain iaitu GST!” jelasnya lagi.

 Mereka juga tahu bahawa GST ini merupakan satu espek yang sangat-sangat tidak popular di kalangan rakyat. Lantaran itulah kerajaan adalah dalam keadaan tertekan.”

 Menurutnya lagi, mungkin 90% lebih di kalangan rakyat tidak berpuas hati dengan aspek percukaian GST ini, dan ini akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

 Beliau juga menyatakan bahawa satu perkara lagi yang sangat memberi tekanan terhadap kerajaan ialah tuntutan rakyat terhadap kerajaan yang sangat membazir dan tiris.


Hadirin yg mengikuti Forum Ekonomi malam tadi
 "Banyak sangat cerita-cerita yang tidak dapat dijawab oleh kerajaan; termasuklah cerita apabila kapal terbang kerajaan dari Malaysia telah pergi ke Amerika Syarikat , tetapi Najib telah balik dengan kapal terbang lain, kapal terbang tentera, waima kapal terbang kerajaan itu terus berada di Amerika Syarikat ketika itu.

 "Orang bertanya benarkah isteri Najib telah turut serta dalam penerbangan ke Amerika itu; dan apa urusan isteri Najib untuk terus tinggal disana sewaktu Najib bergegas pulang ke Malaysia? Ini antara persoalan yang masih belum lagi dijawab hingga ke hari ini.

 Ini adalah antara perlakuan pembaziran dan ktirisan di pihak kerajaan."

 Menurutnya , satu lagi tekanan yang dihadapi kerajaan ialah isu 1MDB yang sampai sekarang juga tidak dapat dijawab dengan hutang yang begitu tinggi, RM42 billion yang kadar bunganya sahaja adalah RM2.6 billion setahun.

 Beliau berkata, andaikan seorang pelajar memerlukan PTPTN sebanyak RM8,000.00 setahun, maka duit interes ini sahaja boleh membayar kos PTPTN seramai 325,000 pelajar!

 Isu 1MDB ini bukan sahaja telah dikritik oleh mantan TPM sendiri yang telah menyebabkan ia telah kehilangan jawatannya, malah oleh pihak Bank Negara sendiri. Ini menunjukan betapa seriusnya isu 1MDB ini.

 Kerajaan seperti ini kalau di Eropah, tentunya tidak akan dapat bertahan lama dan biasanya ia akan tumbang pada pilihanraya. 

 Oleh kerana itulah maka kerajaan terpaksa memberikan beberapa ‘goodies’ dalam bajet yang dibentangkan baru-baru ini. Antaranya ialah highway di Sarawak yang jaraknya lebih 1,000 kilometer secara percuma tanpa toll…sementara kita di sini, dari Ipoh ke Gopeng pun kena bayar!

 Pada masa yang sama, oleh kerana sumber kewangan yang terhad, banyak pemotongan yang telah dilakukan dan memberi kesan kepada rakyat.

 Pemotongan sebanyak 2.4 bilion kepada pendidikan tinggi termasuk Universiti Malaya dimana hampir 30% peruntukan Universiti Malaya telah dipotong menyebabkan untuk membayar gaji kakitangannya sendiri ia terpaksa mencari dari sumber-sumber lain!

 Walaupun peruntukan kementerian-kementerian telah dipotong, satu perkara yang amat pelik ialah peningkatan peruntukan 1.1 bilion kepada Jabatan Perdana Menteri. Menteri-menteri tidak berani bersuara mengenainya mungkin kerana takut melihatkan suasana hari ini di mana timbalan perdana menteri pun boleh dipecat…

 Selama 18 tahun kerajaan telah mengalami defisit secara berturut-turut. Defisit yang akan dialami tahun ini adalah hampir 40 bilion dan ini akan menjadikan hutang kerajaan meningkat lagi kepada RM627 bilion.

 Mengikut ramalan International Monetary Fund (IMF), hutang kerajaan Malaysia dijangka akan meningkat kepada 1 trillion menjelang 2020! dimana negara diistilahkan sebagai ‘kerajaan maju'

 Seterusnya beliau berpendapat, sekiranya mana-mana kerajaan tidak dapat menyelesaikan masalah hutangnya yang telah selama 18 tahun, bermakna ia sebenarnya telah ‘lost of control’.

  Kerajaan yang akan datang, yang akan mentadbir negara akan menghadapi banyak masalah untuk mengatasi hutang kerajaan yang sangat tinggi ini.   
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Tak pe bayar ansur2.yg penting sumbatkan Berok Berok yg memimpin hari dalam Penjara Seumur Hidup.Baru Puas hati rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...