JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, November 23, 2015

Ustaz mulut longkang mengajar di Masjid Lama Taiping ?

Wan Tarmizi (paling kiri) bersama dua lagi panelis sewaktu
Forum politik di Masjid Lama Bandar Taiping 15 Okt, 2015
Amanah Parlimen Taiping membantah terhadap kenyataan seorang panelis forum anjuran Masjid Melayu Lama Bandar Taiping pada 15 Oktober 2015. 

 Ustaz Wan Termizi Wan Aziz, Ketua Penerangan PAS Tambun dilaporkan telah menggunakan bahasa kesat yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang guru agama terutamanya ketika dalam majlis yang diadakan dalam masjid.

Surat bantahan AMANAH kepada pengerusi
Jawatankuasa Masjid Melayu Lama, Taiping
 Wan Tarmizi telah merujuk ahli Pas yang berhijrah ke Amanah Negara sebagai 'Haram jadah' 

 Menurut Kamus Dewan Bahasa Pustaka 'Haram Jadah' bermaksud :

 a) anak yg lahir drpd ibu dan bapa yg tidak berkahwin, anak haram, anak luar nikah; 

b) kata makian.

 Pihak Amanah Parlimen Taiping amat memandang berat perkara tersebut dan memohon agar pihak masjid mengambil tindakan menggantung kuliah pengajian bulanan beliau di masjid tersebut.

 Ketua Amanah Parlimen Taiping Mohd Saad Ismail berkata, "Ucapan ini tidak sepatutnya berlaku dan mencemar kesucian rumah Allah dan imej Islam itu sendiri."

Beliau berharap perkara saperti ini tidak berulang lagi demi kesejahteraan masjid.

Comments
8 Comments

8 comments :

Rahimi said...

Dulu2 cakap Umno halang utk sampaikan ilmu agama dlm masjid, sekarang bila Allah Taala dgn iradatNya bagi kesenangan dan kemudahan dlm rumahNya puak2 ni pakai utk dgn keadaan tidak beradab dan berakhlak. MasyaAllah!

Anonymous said...

Mulut LONGKANG ini elok benar tanam KANGKONG.... Boleh jugak buat duit kat Pasar Malam nun...

tanya sama itu hud hud said...

Yg rajin sebut haramjadah adalah lanun bugis..
Dah belajar pada idola la tu..

Wan Rosli said...

Kiasan yg amat dan yg paling TEPAT!!

wae seli said...

Ustaz ini, kalau diberi duit diam haha

Anonymous said...

Dr Burhanuddin Hilmi yang makamnya bersebelahan dengan Masjid Lama Taiping, barangkali rohnya tidak senang dengan keceluparan lidah ustaz sorang ni.

Wan Rosli said...

Patut pun aku x "layak" masuk pan sbb aku x takkan tergamak sama sekali nk langgar sumpah baiah apatah lagi harta wakaf.. Amacam anon 3:43? pandai bg analogi yg mengarut tapi nama sendiri pun x berani nk letak.. simpati buat penyokong pan aka macai dap..

Wan Rosli said...

Sepatutnya org2 yg buat muka selamba langgar sumpah baiah dan harta wakaf kena dilabelkan lebih teruk dari haramjadah.. sebabnya ada org yg benar2 haranmjadah pun x tergamak nak langgar sumpah baiah dan harta wakaf..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...