GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, November 16, 2015

Yapeim anjur kursus kahwin di Paris belanja RM290,000

Selepas beberapa siri pendedahan skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) kali ini mendedahkan satu lagi program yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu yang menelan belanja RM290,000 di Paris.

 Pengarahnya, Akmal Nasir mempersoalkan program dinamakan “Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan” itu tidak langsung melibatkan anak yatim memandangkan ia menggunakan dana Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin).

 "Apakah kewajaran menggunakan wang Yapeim bagi penganjuran kursus perkahwinan dengan kos RM290,000 yang berlangsung 14 hari di Paris, Perancis?

 "Mengapa dana Yapeim digunakan untuk menganjurkan kursus ini dan dibayar melalui Pemangkin?9 "Tidak adakah anak yatim atau miskin di Malaysia ini yang lebih layak dan memerlukan untuk Yapeim bantu?," soal Akmal pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

 NOW mendakwa 2 program diadakan secara berturut di Paris pada hujung 2014 dan awal 2015.9 Aktiviti pertama dibiayai menggunakan wang Yapeim dikenali sebagai Kursus dan Kembara Santun 2014 sepanjang 20 Disember hingga 28 Disember, 2014 dengan kos RM176,500.

 Manakala pembiayaan kedua dibuat Program Transformasi Warga Santun (Tamrim) Kelab Santun Eropah pada 29 Disember 2014 hingga 3 Januari 2015 dengan kos RM113,500.

 Akmal pada sidang media itu turut melampirkan dokumen perakuan Unit Amal Jariah daripada Yayasan Islam itu yang mengatakan program di bawah Kursus dan Kembara Santun 2014 Kelab Santun Eropah dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

 "Benarkah kedua-kedua program ini dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom?," soalnya.

 Akmal juga menggesa Jamil Khir menjawab segala persoalan yang dilontarkan kepadanya memandangkan Yapeim ialah yayasan di bawah seliaan beliau.

 "Nasihat saya kepada beliau selaku menteri hal ehwal Islam, jawablah persoalan ini dengan rakyat di luar sana dan bukan dengan saya di mahkamah," katanya sambil menyifatkan tindakan saman Jamil Khir terhadapnya hanya untuk mengalihkan perhatian masyarakat. – 16 November, 20159. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...