Tuesday, December 15, 2015

3 Soalan mudah, tapi Najib tak tahu nak jawab??

Terdapat tiga sebab kenapa rakyat Malaysia perlu tahu berkaitan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua tahun lalu.

 Perkara itu diberitahu oleh peguam kanan Tommy Thomas kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

 Sebab pertama, kata Thomas, berkaitan sumber bayaran dan siapa individu yang membayar jumlah AS$680 juta itu.

 “Kedua, apa yang berlaku kepada wang itu dan akhir sekali kenapa ia diberikan.

 “Jawapan itu hanya boleh diperoleh jika Najib dibawa (ke ke kandang saksi) dan disoal balas,” katanya.

 Thomas berhujah bahawa saman PKR berkaitan sumbangan itu patut dibicarakan dan tidak harus ditolak oleh mahkamah.

Komen al-Husseyn : 

Pengerusi Transparency International Jose Ugas sewaktu berucap di perasmian Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah yang diadakan di Kuala Lumpur bermula pada 3-6 September lalu telah mengemukakan dua soalan yang sama :

Siapa yang beri wang itu dan mengapa? 
Ke manakah ia pergi? 

Seorang lelaki boleh menjawab soalan-soalan tersebut. 

 Jika itu tidak berlaku maka hanya satu siasatan bebas sepenuhnya, bebas daripada campur tangan politik, boleh mendedahkan kebenaran. 

 Sehingga itu berlaku, tidak ada apa daripada kerajaan mengenai anti-rasuah akan dipercayai. Saya berdiri di sini hari ini dengan anda dan berkata ini adalah apa yang rakyat dan apa daripada kerajaan - kejujuran dan integriti.

Beliau mensarankan kerajaan Malaysia supaya menubuhkan satu badan siasatan bebas dari campur tangan politik untuk merungkaikan misteri dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi PM Najib. 

"Janji-janji sahaja tidak (cukup) untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaan (orang awam)," tegas Ugaz Baca lagi di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...