GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, December 25, 2015

AMANAH AKAN KEKAL LAMA, KATA DR AGUS YUSOFF

Ramai menyifatkan tidak boleh. Alasannya sejarah menunjukkan parti yang lahir sebagai serpihan PAS seperti Berjasa dan Hamim tidak kekal lama.

 Sejarah dari serpihan parti UMNO juga begitu. Pada tahun 1950-an, IMP dan Parti Negara berkubur dan pada tahun 1996 pula S46 berkubur.

 Atas hujah di atas, ramai yang pesimis tentang keupayaan Amanah untuk bertahan lama. Kata kawan saya, “selepas PRU-14 nanti, berkuburlah Amanah.”

 Saya berpendapat tidaklah semudah itu untuk Amanah berkubur. Mengapa?

 i. Amanah ditubuhkan bukan atas alasan kecewa dalam pemilihan parti, tetapi tidak bersetuju dengan dasar dan arah tuju pucuk pimpinan parti.

 ii. Amanah dipimpin oleh pemimpin yang tahan uji dan komited dalam perjuangan untuk mewujudkan Malaysia yang progresif.

 iii. Amanah mendapat sokongan anak muda dan kelas pertengahan yang kecewa dengan perjuangan Umno dan Pas. Mereka teruja dengan sistem dua parti dan mahu melihat adanya sistem semak dan imbang dalam politik Malaysia.

 iv. Semua parti saingan Amanah sedang menghadapi masalah krisis kepimpinan dan keyakinan membolehkan Amanah memberikan persaingan yang kompetitif dalam politik negara, biarpun Amanah masih baru.

 v. Amanah memperjuangkan isu yang dekat di hati rakyat—keadilan sosial, hubungan kaum yang harmoni, kemiskinan dan lainnya. 

 vi. Amanah masih membawa konsep Islam sepertimana PAS, tetapi dengan wajah yang sederhana dan lebih inklusif. 

Begitulah hujah saya kenapa Amanah boleh kekal lama dalam politik negara. Tetapi alasan saya di atas tertakluk kepada kaveat berikut.

 i. Pemimpin Amanah perlu lebih jelas dari segi hala tuju perjuangannya. Apakah Amanah sebagai alternatif kepada Pas, atau Amanah ada ‘produk baru’ yang ditawarkannya untuk rakyat? 

ii. Amanah tidak boleh berdiri sendiri. Amanah perlu bergabung dengan parti-parti pembangkang yang lain sama ada itu dalam Pakatan Harapan atau lainnya.

 Di akhir analisisnya, Kedudukan Amanah seterusnya dalam politik negara adalah bergantung kepada pencapaian Amanah dalam PRU-14. Sekiranya Amanah gagal membawa impak dalam PRU-14 nanti, maka jalan ke arah Amanah terkubur itu jelas.

 Justeru, ke depannya Amanah memerlukan tindakan strategik yang penuh taktikal untuk mendapat sokongan rakyat dan kekal lama dalam politik negara. ~ Dr Mohamad Agus Yusoff
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

amanah mcn kerajaan2 Turki sekarang pendekatan Islamnya kerana pemimpim2nya telah diuji dan semuanya komited arah tuju perjuangannya yg diterima PKR dn Dap sana ngan Umno ade Mic Mca selamat berjuang Amanah

Anonymous said...

Kini rakyat semakin dihimpit dgn tekanan kos sara hidup yg tinggi..tambahan pula gaji yg masih kekal di takuk lama...pemimpin amanah perlu perjuang isu ini melebihi isu2 lain kerana isu ini merupakan isu nasional..majoriti rakyat samada sektor kerajaan mahupun swasta amat amat terasa...isu2 lain sprti rosmah ke 1mdb ke ape ke yg susah rkayat nk nampak.tp kalau isu taraf hidup semakin tinggi ni, insyaallah majoriti rakyat merasakannya termasuklah ahli umno...amanah terus berikan tekanan pd krjn xkira la sama ada demonstrasi, memperkenalkan manifesto parti,dsb..

Anonymous said...

no komen... rasanya sampai pru14 jer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...