GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, December 16, 2015

Amanah Parlimen Gopeng mengorak maju ke depan


Parti Amanah Negara Gopeng kini semakin mengorak langkah ke hadapan dalam usahanya untuk mempunyai rangkaian yang paling kuat di setiap kawasan.


Boleh dikatakan di setiap kesempatan hujung minggu, Amanah Parlimen Gopeng di bawah pengerusinya Ahmad Badrin telah menggerakan ahlinya untuk memperkenalkan parti yang baru sahaja berusia 3 bulan lebih itu kepada masyarakat persekitaran sambil merekrut anggota baru.

 Mereka menemui masyarakat berbilang kaum dengan mengedarkan risalah untuk mempromosikan parti baru tersebut. 

Ramai yang menaruh minat dan dilihat berpotensi akan memberikan sokongan mereka kepada Amanah bersama Pakatan Harapan.

Rata-rata masyarakat yang ditemui telah memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan bila diberitahu Pakatan Harapan adalah pengganti Pakatan Rakyat yang sudah berkubur.

Diharapkan momentum sambutan masyarakat dan gerakerja Amanah akan berterusan hingga Amanah menjadi sebuah parti yang terunggul di masa hadapan.

 Mereka amat mudah menerimanya apabila diterangkan secara mudah bahawa Amanah ini ialah parti Mat Sabu. 

Mereka berkata, “Mat Sabu dan kawan-kawannya ini macam!” sambil menunjukan isyarat ibu jari ‘baik’. Amanah kini sering muncul dikhalayak ramai di pasar-pasar malam dan juga dipasar-pasar tani.

 Amanah juga bergerak aktif dalam aktiviti kemasyarakatan setempat dengan mengagihkan bantuan sumbangan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

 Diawal musim percutian sekolah ini, mereka telah menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai dengan para peserta hanya dikenakan bayaran yang begitu minimal iaitu hanya untuk kos perubatan sebanyak RM50.00 sahaja.Seramai 30 peserta termasuk 7 anak yatim telah turut serta.

 Selain itu, Amanah juga turut meraikan musim persekolahan yang akan bermula nanti dengan mengadakan majlis ‘Back To School’ . 

Seramai 20 murid dari berbagai kaum telah menerima sumbangan peralatan persekolahan yang disampaikan oleh DS Nizar pada minggu lalu bertempat di Pusat Khidmat Amanah, Sungai Rokam, Ipoh.

 Malah di luar bandar juga, Amanah telah mula mendapat sambutan yang sungguh menggalakan dari masyarakat. 


Di sebuah perkampongan Melayu Cangkat Legong, Kampar, bekas ketua PAS dan anak buahnya di situ telah beralih dan membuka cawangan Amanah dengan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Amanah, Hj Mohd Sabu dalam satu majlis yang meriah kelmarin.

Di sebelah malamnya pula, Presiden Amanah dan DS Nizar telah bersama-sama pimpinan Amanah yang lain telah menghadiri majlis di Bota bertempat di dewan Astana Bote malam kelmarin.

Jangan lupa, untuk bersama pada malam 18 Disember nanti diacara perasmian Pakatan Harapan Perak di perkarangan bangunan baru Amanah Negeri Perak di Green Town Nova, berhampiran bangunan KWSP Ipoh.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...