JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, December 26, 2015

Anak bapak hanya tahu dengar cakap bapak...


Dulu sewaktu menjelang pemilihan di Muktamar ke 61, Hj Hadi, suruh ahli PAS pilih samada yang DAP mahu atau yang DAP tak mahu...(baca di sini).

Patutlah kini anaknya pun kata, "Amanah hanya dengar cakap DAP! "

Waima dia sendiri ni jenis anak ayah yang hanya dengar cakap ayah!

 Semua cakap ayahnya dia dengar dan patuhi walaupun apa yang ayahnya cakap adalah cakap-cakap Umno!

Umnolah yang mula-mula menghasut orang Melayu supaya bencikan DAP yang kononnya anti Melayu. 

Bermacam-macam ungkapan yang Umno reka seperti "PAS kuda tunggangan DAP" , "PAS boneka DAP" dan sebagainya. Sekarang bila dah mesra Umno, PAS pula gunakan istilah-istilah itu terhadap AMANAH!

Anak Hj Hadi ini, buat tuduhan semata-mata tanpa memberikan sebarang bukti kerana ikut cakap ayahnya yang kini jadi tukang nyalak Umno. Hj Hadi sendiri akui dia memang menyalak dekat babi dalam bukit!

Itulah bila dah jadi tukang ampu (tak tergamak nak katakan anjing...), Umno suruh dia menyalak, maka menyalaklah dia ikut skrip Umno! Habis orang yang tidak sehaluan dengannya dibabikan!

Sekadar mengajak kalian menghayatilah sepotong hadis Nabi tentang golongan yang berdepan dengan penguasa yang zalim dengan khabar gembira:
سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ ، وَرَجُلٌ قَالَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ
Penghulu para Syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berdiri di hadapan penguasa zhalim lalu ia menyuruhnya dan melarangnya, lalu pemimpin itu membunuhnya. (Hadits Shahih dalam Mustadrak ‘ala shahihain, imam Al Hakim no. 4884).
Menyampaikan kebenaran di hadapan penguasa zhalim memang tidak mudah. Dipenjara, disiksa mahupun dibunuh adalah risiko yang harus diterima. Namun demikian Rasululullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, telah memberikan khabar gembira.


Membangkang merupakan satu bentuk nasihat.

Cuma keikhlasan dan kesungguhan PAS yang sepatutnya berlaku dalam parlimen tidak berlaku. Mereka tidak lantang bersuara menasihati kerajaan yang saban hari menyusahkan rakyat. 

Malang sekali, Hj Hadi yang katanya nak sangat menasihati Umno/BN ini sering ponteng. Selain itu anak-anak buahnya yang lain lebih selesa duduk dan diam sahaja dalam parlimen.


Macam-macamlah alasan Hj Hadi nak berbuat baik dengan Umno sebuah parti sekular hingga kata nak jadi pembangkang yang menasihat untuk membaiki keadaan! 

Alangkah indahnya jika dari dulu Hj Hadi berperanan sebagai penasihat dalam partinya sendiri tanpa berpihak kemana-mana. 

Tentunya konflik antara kawan dengan kawan dalam jemaah PAS dapat didamaikan dan tidaklah setandan mereka melangkah pergi.

Berbekalkan kegagalan mendamaikan konflik dalaman parti sendiri hingga PAS berpecah, apalah diharapkan sangat Hj Hadi nak jadi penasihat kepada parti orang lain kalau bukan hanya untuk jadi barua!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...