PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Saturday, December 26, 2015

Benarkah Majlis Syura Ulama PAS tidak pernah terlibat dengan komplot UG?

"Isu bekerjasama dengan Umno ini sebenarnya pada tahun 2008 dahulu adalah suatu yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat, bukan keputusan yang dibuat oleh individu, samada oleh Tok Guru Presiden. Ini diputuskan oleh Majlis Syura"

Demikian pengakuan yang pernah dibuat oleh mantan Timb Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa. Rakaman pengakuannya ini pun mudah diperolehi  di sini.

Majlis Syura tidak pernah menafikan perkara tersebut. Atau mengambil tindakan apa-apa terhadap pendedahan Nasharuddin walaupun jelas beliau menempelak Mursyidul Am PAS ketika itu, almarhum TGNA!

Tapi, apa helah Majlis Syura Ulama PAS (MSU) tiba-tiba kini mahu menafikan kenyataan Ahmad Zahidi supaya ahli parti menyokong kerjasama dengan Umno? Seolah-olah MSU tidak pernah terlibat dengan komplot tersebut... alahai!!

Majlis Syura PAS, telah menafikan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli-ahli parti untuk menyokong kerjasama antara parti Islam dan Umno, seperti yang didakwa oleh Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Sinar Harian melaporkan.

 Akhbar itu memetik ketua Majlis Syura Datuk Dr Mahfodz Mohamed sebagai berkata bahawa dakwaan Zahid mengenai perkara itu adalah tidak benar kerana tidak ada perbincangan atau mesyuarat telah diadakan oleh Majlis Syura untuk membincangkan perkara itu.

 "Kami (Majlis Syura) tidak pernah mempunyai apa-apa mesyuarat atau membuat apa-apa keputusan atau arahan kepada ahli-ahli PAS mematuhi kenyataan yang dikeluarkan oleh kami mengenai perkara itu untuk bekerjasama dengan Umno.

  "Jika Naib Presiden Umno berkata kita mengeluarkan kenyataan meminta ahli-ahli untuk mematuhi, itu tidak benar sama sekali," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Mahfodz berkata, PAS juga tidak menerima surat rasmi mengenai perkara itu daripada Umno  Baca seterusnya di sini

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...