GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, December 30, 2015

Dia anak jantan atau betina?

Sewaktu Ust Ahmad Awang mencabar ayahnya, Hj Hadi sebagai presiden parti dalam pemilihan Muktamar PAS ke-61 lepas , ketika diwawancara Sinar Harian, ayahnya berkata, “Terserah kepada ahli (perwakilan) samada nak memilih calon (pimpinan) yang ditentukan oleh DAP atau sebaliknya” Kalian fikirlah sendiri apa maksudnya??

Ust Ahmad Awang hampir mengambil tindakan undang-undang terhadap Hj Hadi, namun beliau tidak jadi untuk meneruskannya. Mungkin tak sampai hati...

Tapi kali ini, anaknya dah agak melampau bila dilaporkan mentohmah AMANAH dengan ungkapan ‘Amanah hanya akan dengar cakap DAP’.

So, anak Hj Hadi kena berikan bukti mengenai apa yang dikatakannya itu atau dia kena minta maaf sebagaimana tuntunan Pemuda AMANAH. 

Apakah anak Hj Hadi akan tunduk dengan tuntutan tersebut? Dalam masa dua minggu lagi kita akan tahu, samada dia anak  jantan atau anak betina?

HAZAYANI ZAKARIA
Pemuda PAS mohon maaf atau tindakan undang-undang diambil, kata Pemuda Amanah Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakrulrazi Mokhtar (kanan) mahu Pemuda PAS memohon maaf dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan undang-undang diambil. 

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakrulrazi Mokhtar mahu Pemuda PAS memohon maaf dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan undang-undang diambil.

 Pemuda Amanah Nasional menuntut Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi menarik balik tuduhan bahawa ‘Amanah hanya akan dengar cakap DAP’ atau berdepan tindakan undang-undang. Naib ketuanya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, Khalil perlu memohon maaf secara terbuka kerana tuduhan tersebut bersifat jahat dan menyebabkan timbulnya persepsi buruk terhadap Parti Amanah Negara (Amanah).

 Beliau memberikan masa selama dua minggu dari tarikh sidang media hari ini untuk Khalil bersemuka dengan pihaknya.

 “Kami menegaskan bahawa kami bersedia untuk bersemuka dan behadapan secara harmoni atas dasar sifat jiwa besar dalam menangkis dakwaan tersebut.

“Sekiranya beliau yakin dan berpegang kepada dakwaannya itu, tidak menjadi masalah untuk beliau berhadapan dengan Pemuda Amanah.

 “Namun jika beliau enggan memberikan respons, kami menyerahkan kepada peguam untuk membuat tidankan selanjutnya,” kata beliau pada sidang media di Wisma Amanah Negara, Jalan Kuching hari ini.

 Khalil pada 24 Disember lalu berkata kepada Sinar Harian Online: “Amanah terikat dengan DAP. Mereka hanya akan dengar cakap DAP sahaja. JIka DAP mahu mereka senyap, merak akan senyap. Kalau DAP mahu mereka buat bising, jadi bisinglah mereka,”

 Menjawab tuduhan yang disifatkan sebagai sangat berat itu, Fakhrulrazi menegaskan, Amanah tidak terikat kepada mana-mana parti sebaliknya perjuangan mereka berdasarkan prinsip dan pegangan.

 “Kenyataan ini sangat tidak berasas dan ia hanya sangkaan buruk terhadap Amanah iaitu parti Islam yang baharu bertapak dalam arena politik negara.

 “Dakwaan Khalil ini sangat berat seolah-oleh Amanah hanya pak turut kepada DAP sedangkan tidak berlaku sama sekali gambaran sedemikian,” katanya yang juga bekas bendahari Pemuda PAS Malaysia. Menurut beliau, Khalil sebagai pemimpin pemuda parti yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan tidak harus membuat tuduhan seperti itu.

 “Beliau seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, jangan kerana kebencian menghalalkan fitnah seperti itu. Seorang ahli parti Islam lebih mengetahui kaedah dan cara untuk mengenakan tuduhan dan hukuman,” katanya lagi.

 Sementara itu, seorang lagi Naib Ketua Wan Anwar Wan Ibrahim menjelaskan, tindakan mahkamah adalah sesuatu yang normal sebagai pengajaran kepada orang yang membuat fitnah.

 “Kita beri peluang kepada Khalil untuk respons dan jika tiada kita tengok tindakan mana yang wajar dilakukan.

 “Kami tidak mahu terlalu membesarkan perkara ini tetapi kalau terlalu kerap kenyataan fitnah terhadap Amanah, kami kena ambil tindakan sebagai pengajaran dan ini suatu yang normal,” katanya yang juga merupakan peguam. -malaysiadateline
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kalau bapa borek anaknya rintik dan beberapa lagi peribahasa yang bertepatan dengan tingkah laku mereka anak beranak ni. Dasar bapanya bermulut cabul maka adalah tidak menghairankan jika anaknya juga bersifat begitu. Sama-samalah kita tunggu due date 12 Januari 2016 untuk mengetahui sama ada jantan atau betina anak anjing yang menyalak bukit tu.

"Nukilan - Aku Prihatin" said...

PAS sekarang menjadikan AMANAH & DAP sebagai musuh dan bukannya BN. PKR juga akhirnya akan dibedil oleh PAS. Rindunya kita pada pemimpin PAS yg bersifat nasional seperti Ustaz Fadzil Noor & TGNA. Apa dah jadi dgn PAS sekarang? Ahli pulak taat membuta tuli. PRU14 nanti yg akan menghukum mereka bukan sahaja ahli PAS yg membenci tapi .. rakyat yg tidak berparti tapi menyokong Pakatan Rakyat/Harapan utk menumbangkan BN. Tak percaya ? Tak apa, anda lihat nanti .

Anonymous said...

2 minggu? Nak bagi notis mesyuarat ke? Beri je 3 hari... kemudian hantar je surat saman. Tuntut pampasan melebihi pendapatan semasa hidupnya kini. Kalau mampu bayar, tu maknanya.....

Anonymous said...

Tak kemana bro, faktor genetik. Mulut longkang perasan suci. Yg paling teruknya, selesa serta syiok sendiri. Petanda penyakit hati, bangga dgn diri sendiri. Jgn jadi yahudi sudahlah... rasa bangsa mulia dipilih oleh Allah. Wallahu a'lam

LOK TUJUH said...

aik presiden tuduh PAS ISIS tu ape cite

Anonymous said...

Lok Tujuh bodoh. Presiden dia lg kaki auta tuduh fitnah org lain macam2. Tok Guru apa mcm tu. Nak buat macam mana kan dah jadi barua ameno skrg ni.

tanya sama itu hud hud said...

Tuduh pas isis ke diresapi fahaman isis?
Ayat tu jgn putaq belit..
Hadi marang fitnah pil kuda,broker,barua,mcm2 lg tu apa?
Jadi la walaun yg berakal dan adil

Anonymous said...

Betul sangat bro..aku pun yg tidak berparti ni..dah menyampah sgt dgn pas sekarang..

Anonymous said...

Yang dimaksudkan cara pendekatan seperti ISIS adalah dalam isu "tidak dapat menerima perbezaan pendapat, jika berbeza pendapat dengan jemaah maka individu dan kumpulan tersebut akan dicap kafir dan wajar dibunuh".... itu yang aku faham dari maksud itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...