GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, December 29, 2015

Hendak bersama Umno - Jangan cakap tak ada....

PAS dilanda sindrom penafian hendak bersama Umno. Bukan baru-baru ini saja PAS cuba menafikannya. Hingga kini masih ramai yang tuduh Ust Ahmad Awang pembohong bila dia kata PAS nak bersama Umno. 

Mereka kata Ust Ahmad Awang buat fitnah sahaja. Tidak mungkin PAS akan bersama Umno. Mana mungkin!! Demikian penafian mereka, hanya sekadar penafian yang tidak berasas!
Hendak bersama Umno - Jangan cakap tak ada. Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat. Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. 
Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, 
”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”. 
 Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”.
~ Petikan ucapan Ustaz Ahmad Awang – Mantan Naib Presiden 3 ketika menyampaikan ucapan penggulungannya pada hari terakhir Muktamar PAS 55 di Shah Alam (1). [7 Jun 2009]

Tapi bila dah semakin menampakan kebenarannya, macam-macamlah PAS buat penafian yang pelik-pelik kerana tidak mahu tembelangnya pecah berderai yang menyebabkan akan ramai yang bertempiaran lari meninggalkan PAS.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...