PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Monday, December 21, 2015

Hj Hadi sedang memikul biawak hidup...

Sila ikuti beritanya di sini
Bekerjasama dengan Umno laksana memikul biawak hidup!  Itulah pengakuan Hj Hadi sendiri ketika ditanya oleh seorang pemberita akhbar Sin Chew di Langkap pada 21 Mac 2010 yang lalu.

Wartawan itu seterusnya telah memuji kenyataan TGHA tersebut dengan mengatakan bahawa kaum Cina dan India tentu akan bertambah yakin terhadap apa yang dinyatakan itu, Tuan Guru menjawab : 

“Ya supaya kaum India dan Cina melihat kerajaan kita di negeri-negeri Pakatan Rakyat apa yang kita buat walaupun kita menghadapi pelbagai kepayahan, kita laksanakan seboleh mungkin yang kita buat. 

TGHA tiba dipekan kecil ini di sebelah tengahari untuk menyampaikan ucapan takziah dan sedikit sumbangan PAS Pusat kepada keluarga mendiang Siva , Ketua Pemuda Dewan Penyokong PAS Perak yang ditembak mati pada minggu sebelumnya.

 “Mereka mesti terbuka untuk mengembalikan Kehakiman,mengembalikan Demokrasi, mengembalikan Kebebasan Media dan mesti dibuktikan dahulu dengan menunjuk sikap yang positif terhadap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dimana mereka rampas royalti Terengganu, yang menafikan royalti Kelantan, yang menafikan hak Pulau Pinang, hak Kedah …,” katanya. 

Kah! Kah! Kah! Apakah sistem kehakiman dan kebebasan media kita kini sudah bertambah baik dari sebelumnya? Royalti mana Royanti? Kah!Kah! Kah!

Hj Hadi ni memang cakap lain bikin lain! Ramai yang terpesona dan terpedaya dengan kata-katanya... 

Amat benarlah kata-kata yang pernah diungkap oleh Saidina Abu Bakar, “Ash-shidqu amaanah wal-kidzbu khiyaanah - berkata jujur adalah amanah, berkata bohong adalah khianat”.

Berkata benar dan berbuat benar, berkata jujur dan berbuat jujur adalah amanah dari Allah swt. Dan amanah dari Allah lebih tinggi daripada amanah manusia. 

Akhlak ini adalah penting kerana manusia dipegang pada kata-kata dan perbuatannya.
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Hadi ada ka, PAS dan UMNO ada ka pada tahun 1910 tu?

abrarmujahideen said...

Bagi Aku..hadi lah biawak hidup tu...da nak jd bangkai

Anonymous said...

Sayang PAS boleh musnah kerana pemimpin, sayang juga UMNO boleh punah lerana pemimpin

Penyokong terpaksa kata 'ya' saja kecuali mereka yang berintegriti..

tanya sama itu hud hud said...

Kahkahkah..
Bukan pikul biawak,tapi peluk biawak siap cium2 lagi..
Janji masyukkk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...