GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, December 20, 2015

IMAM NAWAWI, RM 2.6 BILLION DAN MELAYU

Pada masa itu Syam (Syria) di ambang peperangan dengan tentera Tartar (Monggol). Keadaan ini memaksa Sultan Al-Malik Al- Zahir yang memerintah Syam pada masa melakukan persiapan peperangan untuk menghadapi tentera musuh ini.

 Sultan Al-Malik Al- Zahir berfikir keras bagaimana hendak mendapatkan dana bagi melakukan persiapan perang ini. Antara penasihatnya tentu sekali ialah ulama’.

 Telah pun berkumpul segala para ulama’ dalam satu perhimpunan bagi membahaskan akan perkara ini. Maka para ulama’ telah bersetuju bahawa salah satu caranya ialah dengan mengambil harta rakyat bagi tujuan persiapan perang ini.

 Semua para ulama’ telah bersatu dalam hal ini demi kepentingan negara Syam.

 Namun baginda masih tak berpuas hati. Lalu bertitah “ Masih ada lagikah orang lain ( ulama’ lain yang tidak bersama bersatu dalam hal ini)? 

“Masih ada!- beliau ialah al-Syaikh Muhyiddin al-Nawawi” jawab seseorang.

Maka baginda bertitah supaya di jemput Imam Nawawi dan baginda ingin mendengar fatwa Imam Nawawi dalam hal mengambil harta rakyat bagi persiapan peperangan ini, samada beliau turut bersatu dan bersetuju sepertimana ulamak yang lain.

 Imam Nawawi sebagai seorang ulamak yang ikhlas bukan sekadar yang tidak mengharapkan apa-apa ganjaran dari Sultan seperti jawatan dan gaji yang mewah malah beliau sangat faham dan prihatin sangat dengan masalah rakyat marhaein.

 Pada masa itu, di Syam, rakyat sedang menghadapi krisis ekonomi yang buruk. Dimana mereka sedang menghadapi harga barang keperluan asas yang melambung tinggi.

 Oleh itu dengan tegas beliau menyatakan tidak setuju dengan pandangan ulamak yang lain. Baginda Sultan terus meminta penjelasan dari Imam Nawawi mengapa beliau tidak sependapat dengan ulamak yang lain. Imam Nawawi memberi jawapannya:

 “ Ampun Tuanku, Adalah patik sememangnya mengetahui dengn sesungguhnya bahwasanya Tuanku adalah dahulunya seorang tawanan tidak ada sebarang harta. Tetapi pertolongan ALLAH telah dilimpahkan kurniaNYA kepada Tuanku dengan dijadikan Tuanku seorang raja.

 Ampun Tuanku!, adalah patik telah mendengar bahawa Tuanku ada memiliki seribu orang hamba tiap-tiap seorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala dua ratus orang khadam wanita milik Tuanku, masing-masing mempunyai baran-barang perhiasan yangbernilai.

 Andaikata Tuanku sendirian membelanjakan kesemua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang itu, maka patik bersedia memberi fatwa untuk mengambil harta rakyat”

 Akibatnya, sepertimana dalam catatan sejarah, Imam Nawawi telah dibuang daerah dan diarah keluar dari Damsyik oleh Sultan.

WANG RM 2.6 BILLION.

 Nah! bukan kali pertama Sultan atau pemerintah, terpaksa menggunakan khidmat ulamak bila keadaan tersepit.

 Jelas juga bukan semua ulamak berpegang dengan ilmu yang mereka pelajari.

 Hanya ulamak yang ikhlas, berani dan memahami masalah rakyat saja boleh mampu bercakap yang benar dan hak dihadapan terutama sekali dihadapan pemerintah yang zalim.

Andainya Imam Nawawi juga tahu pemerintah pada masa itu mungkin mempunyai wang sejumlah wang bernilai RM 2.6 billion dan lain hasil-mahsul negara yang kaya seperti Malaysia, nescaya dia akan juga menyuruh pemerintah masa itu menggunakan wang dan harta tersebut sebelum rakyat marhein dikenakan cukai seperti GST dan seumpamanya.

 MELAYU

 “Kamu ini tak faham, ini masalah orang Melayu. Jangan disamakan dengan Imam Nawawi, itu dulu.” Mungkin ada orang yang akan kata begitu.

 Malah beliau akan tambah kita orang Melayu kena bersatu. Memang pemimpin UMNO ada buat kesilapan tapi itu perkara kecil. Kita kena selamatkan UMNO, kalau UMNO kalah, Melayu akan kalah dan Islam akan kalah. Ini adalah khurafat!: mempercayai atau takut sesuatu yang tidak ada nas, dalil dan hujah yang benar. Sepertimana benda yang lain didunia ini, semuanya akan binasa. Begitulah juga UMNO. Sebelum wujud UMNO telah ada kumpulan atau parti yang membela Islam dan Melayu dahulunya.

  Begitulah juga sudah tentu akan parti atau kumpulan yang lain yang ALLAH akan turunkan untuk mengantikan UMNO untuk membela ISLAM dan Melayu sekiranya UMNO sudah sampai penghujungnya.

Saya juga seorang Melayu dan beragama Islam, saya juga mencintai Islam dan Melayu.

 Maaf, saya ini bukan lulusan A-Azhar dan Universiti yang lain dari timur tengah, tapi saya sangat ingat sepertimana di ajar oleh Ustaz-Ustaz di masjid dan surau tentang satu hadis Nabi:

 “ Wahai Rasullah, adakah tergolong sebagai asibiyyah jika seseorang mencintainya kaumnya. Baginda bersabda, tidak, tetapi yang dikatakan asabiyyah jika seseorang menolong kaumnya pada perkara yang zalim”

abu hakim
Ahad , 20 Disember 2015
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Urmm ulama bodoh diperintah oleh raja2 bodoh..tidak ada kesedaran diri..ulama,menteri2 tok2 sidang..Dan ulam2 raja(pemerintah) begitula yg terjadi hari ini Dan kermarin Dan akan berulang2 akan datang Dan seterusnya terus2an/..sudah nencari yang jujur kerna sumber negara dibiasi riba riba riba....maka kejujuran bisa dijual beli Dan akan silih berganti begitu juga..nak nenghalalkan sesuatu cipta satu chronologi..sering beralasan2 tapi alasan2 itu sering2 terkalaf Dan terkalab terbantut...karna ilmu Allah tidak membenarkannya...maka yang jelek itu sering2 nampak...begitulah yang terjadi dewasa ini melanda umat2 nabi ahir zaman muhamad. Karna sebahagian Dari meraka kaum2 munafik....buka mata mu APA yg kau lihat??? Dan sebahagiannya menanti ahzaaaab!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...