GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, December 23, 2015

Jangan terpedaya dengan lakonan Idris Ahmad

Di tengah-tengah isu keakraban Umno-PAS, Naib Presiden PAS Idris Ahmad menegaskan bahawa pandangan peribadi tidak boleh dipakai dalam isu itu.

 “Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi,” katanya.

Beliau menegaskan PAS pernah kehilangan pemimpin-pemimpin kanannya sebelum ini, termasuk dua presiden – Ahmad Fuad dan Datuk Asri Muda (gambar) – tetapi PAS tidak lemah.

 “PAS tetap hebat, kerana dasar, bukan kerana individu. Siapa pun boleh pergi, Insya-Allah PAS berdiri gagah,” katanya. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

Deris berkata, individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi.

Kenyataan ini mungkin sebagai reaksinya terhadap kenyataan "PAS Sedia Maafkan Umno" oleh SUA PAS Dato' Takiyuddin.

Menariknya bila dia membangkitkan dua nama bekas presiden PAS, Ahmad Fuad dan Datuk Asri Muda yang telah keluar parti dan menyertai Umno, Deris dilihat seolah-olah dia sengaja menyindir Presiden PAS yang ada sekarang ini, Hj Hadi. 

 Apakah mungkin, Deris tujukan kepada presidennya sendiri  Hj Hadi? 

Bila Deris ungkit mengenai dua bekas presiden PAS yang telah keluar parti itu, ianya seolah-olah nak suruh presiden yang ada sekarang ni bakal mengikuti jejak dua presiden PAS itu?

Ditambah pula bila Deris menyatakan bahawa pandangan peribadi tidak boleh dipakai dalam isu itu. Kebetulan pula, memang Hj Hadi gemar buat kenyataan peribadi yang sering 'overrule' apa saja keputusan parti sebelumnya. 

Pada muktamar yang lalu, usul yang begitu penting telah diluluslan tanpa bahas atas arahan Hj Hadi atas nama Presiden parti.

Almarhum TGNA ketika hayatnya dulu pun pernah menegur Hj Hadi mengenai perkara ini secara terbuka.

Almarhum begitu marah terhadap Hj Hadi kerana mengaku bahawa Unity Government lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam dialog dikalangan kepimpinan Pas Pusat ; dan telah dipersetujui bersama oleh PKR dan DAP.

Tapi awas kalian semua. Jangan mudah terpedaya dengan lakonan ini semua. Lakonan ini hanya mahu mengelirukan ahli-ahli PAS yang bencikan Umno supaya tidak keluar dari PAS.Ramai yang menyertai PAS kerana mahu menentang Umno yang zalim. Maka jika mereka sedari PAS mahu bergabung dengan Umno, tentulah mereka tidak suka dan akan marah. Ini akan membuka lebih luas lagi ruang perpecahan dalam PAS sebagaimana yang diluahkan oleh Abdul Fatah.


Kegusaran Deris mengenai ini terlebih dahulu telah dinyatakan oleh Abdul Fatah yang telah mengingatkan Takiyuddin supaya berhati-hati dengan kenyataan seumpama itu kerana bimbanga akan memberi impak yang membahayakan parti.

Dosa umno kpd PAS bukan senipis kulit bawang. Pemimpin Pas berhak membuat kenyataan apa saja yg difikirkan perlu bagi kepentingan politik semasa. TAPI jangan lupa membuat kajian pendirian penyukung bawahan terlebih dahulu........

 Persoalan sama ada PAS akan bekerja dengan Umno yang rasuah demi penyatuan Melayu Islam atau bekerjasama dengan DAP dan PKR menentang pemerintahan Umno telah lama diperdebatkan. 

Sebenarnya, si Deris ini hanya mahu dilihat dirinya seolah-olah marah kepada sesiapa sahaja yang mahu menggabungkan Umno dan PAS. Dia mahu menafikan adanya komplot UG ini!

Kerana adalah tidak mungkin Deris tidak menyedari bahawa penggabungan Umno dan PAS inilah yang Hj Hadi dan Haron Taib usahakan selama ini hingga menyebabkan almarhum TGNA pernah mengusulkan supaya diadakan Muktamar Khas.

Kalau Deris benar-benar menentang penggabungan Umno dan PAS , sudah tentu Deris telah turut tersingkir sewaktu pemilihan dahulu bersama kelompok progresif yang telah bersunggoh-sunggoh mempertahankan PAS dari terjerumus ke dalam komplot UG.

Setelah ketiadaan almarhum dan terkeluarnya kelompok progresif dari PAS, maka tiada siapa lagi yang berani menghalang agenda UG yang kita semua dapat saksikan semakin rancak dilakukan. 

Penggabungan Umno-PAS bukan bererti PAS dimansuhkan lalu masuk Umno, atau Umno dilupuskan dan digantikan dengan PAS. Ini kerja gila namanya!

Bagi Umno, memadailah PAS tidak membangkitkan persoalan-persoalan besar yang boleh menggugat pengaruh dan kuasa Umno. Sebab itu, mulut PAS terkancing rapat daripada mempersoalkan skandal 'derma' RM2.6 bilion yang masuk kedalam akaun peribadi Najib, atau skandal 1MBD syarikat yang sarat dengan masalah hutang.


Reaksi Lim Guan Eng (LGE) lebih tegas dan jelas berbanding Deris dan Abdul Fatah ketika Hj Hadi mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan isu Tabung Haji dan 1MDB, dengan menyuruh Hj Hadi supaya bergabung membentuk kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO secara terang-terangan sekiranya Presiden Pas itu berhasrat sedemikian.

Kenapa Deris dan Abdul Fatah tidak kata apa-apa pun bila Hj Hadi kata, "Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikat kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan Perdana Menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa. 

 "Pas sedia menghantar pasukan untuk berbincang dengan Umno baik mengenai isu berbangkit seperti GST, perumahan, kejatuhan ringgit dan sebagainya." 

PAS terkancing gigi daripada membangkitkan soal keadilan untuk Anwar yang sedang dipenjarakan, waima PAS menganggap PKR sebagai rakan tahaluf di Selangor.

PAS terkancing gigi untuk menyatakan ayat Allah yang dulu-dulu sering dikumandangkan di pentas-pentas ceramahnya, "La tarkanu ilalladzina dzalamu, fatamatsa kumunnar - Jangan kamu cenderung kepada mereka yg melakukan kedzaliman kelak kamu disambar api neraka...
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Pandai juga Deris ni berlakon. Nk tengok sejauh mana dia boleh berlakon. Wait n see. Haha

Anonymous said...

Pemimpin pas kebanyakan nya pemimpin seperti lidah biawak n sbb itulah pas tidak akan menang setiap kali prn d sarawak

Anonymous said...

jauh jehebatan politik arwah TGNA ngan ADI Psal Adi ni boleh mcn2 jAdi kahkahkah

Ritchie Blackmore said...

Bukan berlakon bro...mamak ni memang jenis tuli badak.Rajin cover parti hampasnya dlm fb dgn falsafah2 ntahhapantah,tapi tuli badaknya sj yg gua dok nampak.

Ainul Basirah said...

Lakonan karya godfather bt gantang dan hasil dari majlis pas-tak-yakin terpaksa jadi Penyelamat Assyobiah SeMalaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...