GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, December 03, 2015

Kata dua PAS kepada PKR : Sama ada untuk bersama PAS atau Pakatan Harapan ?

PAS Perak bersedia untuk meneruskan perjuangan secara bersendirian bagi menentang parti keramat Melayu, UMNO apabila parti itu mengumumkan kini berpecah dengan Pakatan Rakyat (PR) setelah rakan sekutunya, DAP dan PKR beralih arah ke Pakatan Harapan. 

Kenyataan itu dibuat Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Razman Zakaria dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Perak, di sini.

 Menurutnya, PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) dan beliau mengesa supaya PKR membuat keputusan sama ada mahu bersama dengan parti Islam itu atau bertindak sebaliknya.

 “Kita tidak akan sama sekali menyertai Pakatan Harapan selagi PAN dan DAP terlibat dalam kerjasama itu.

 “Jadi kita sudah bersedia untuk untuk bertanding menentang UMNO dan juga Parti Harapan, dan oleh sebab itu PKR perlu menyatakan pendirian mereka sama ada untuk bersama PAS atau Pakatan Harapan,” ujarnya.

 Razman menjelaskan, PAS akan merebut 22 kerusi di Perak dan kini ahli jawatankuasanya sedang giat menilai kerusi yang berpotensi untuk dimenangi mereka.

 Katanya, PAS Perak telah menubuhkan satu jawatankuasa khas melalui Lajnah Perpaduan Nasional bagi menilai calon kepimpinan dalam kalangan bukan Islam untuk diketengahkan pada PRU-14.

 “Calon-calon bagi kerusi ini sudah ada dan majoritinya adalah bukan Islam.

 “PAS negeri hanya memberi cadangan dan akur kepada segala keputusan PAS Pusat, dan kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan terdapat pertarungan tiga penjuru,” ujarnya lagi.

 Dalam pada itu, beliau menambah PAS akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada Januari depan sebagai permulaan langkah awal menghadapi PRU-14.

 “Kita akan buat perhimpunan ini di Bukit Gantang dan saya yakin program ini akan berjaya dengan jangkaann 10, 000 orang peserta,” kata Razman.

 Beliau turut menafikan dakwaan bahawa PAS tidak mempunyai ahli dan lumpuh berikutan tindakan seramai 200 orang ahli PAS di Parit Buntar didakwa telah keluar dari parti tersebut.

 “Itu hanyalah spekulasi dan tidak ada bukti 200 orang itu keluar dari PAS,” jelasnya.

 Sementara itu, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, S. Suriyanarayanan berkata, sikap DAP yang dilihat suka melaga-lagakan kaum membuatkan mereka tidak mahu lagi bekerjasama dengan parti itu.

 “PAS amat berbeza dengan DAP kerana PAS adalah sebuah parti yang bukan sahaja memperjuangkan Islam, tetapi memperjuangkan agama.

 “Sekarang ada 18,600 ahli dalam PAS dan saya jangkakan jumlah ini akan bertambah kepada 30,000 orang ahli selepas ini.” ujarnya. - peraktoday

Komen al-Husseyn :

Sebelum ini Razman dalam laman Facebook beliau kira-kira jam 1.00 pagi pada 11 Julai 2015 menyatakan:

  “Mungkin PAS Perak akan bertanding 59 kerusi dalam PRU14. Meneruskan perjuangan Nabi Saw”. ~ sumber

Tapi kenapa kali ini dia kata PAS hanya akan merebut 22 kerusi sahaja iaitu sama seperti PRU13 lepas.

Apakah PAS tidak berani meletakan calonnya di tempat-tempat yang ditandingi DAP dan PKR?

 Saya jangka, Razman tentu tidak akan lepaskan peluang untuk lawan DS Nizar di Cangkat Jering. Dia bukan ada peluang pun nak lawan Umno di Lenggong...Itu pun kalau dia menang kesnya memfitnah Nizar dimahkamah dua minggu lagi....
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Kah kah kah kah kah...PAS bermimpi ditengah hari rembang wehh...Hadi mimpi bertemu Nabi tiga kali entah ya entahkan tidak, Razman ni pula mimpi apa pula?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...