GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, December 24, 2015

Kerjasama PAS, Umno ada kepentingan peribadi??

 PAS sekarang dilihat semakin tunggang langgang dan bercelaru ekoran kenyataan SUA, Datuk Takiyuddin Hassan dilapor berkata parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.

Kenyataan Taki tersebut telah mengundang berbagai reaksi dari beberapa kalangan pimpinan tinggi PAS.

Ada yang menempelaknya,  "Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan umno, maka individu itu sahaja yang pergi," Kata Idris Hj Ahmad.

Nik Abduh, Ketua Pemuda seolah-olah mahu menjelaskan kepada Idris Ahmad, Naib Presiden PAS : Bukan gabungan PAS, Umno ....dua parti itu hanya bekerjasama demi kepentingan agama dan rakyat, bukan bergabung seperti yang digembar gemburkan....

Yang ironisnya, Nik Abduh turut dibidas oleh bapa mertuanya sendiri, Abdul Fatah Haron: 
"Jangan cuba belajar menari dihadapan orang yang sudah mahir menari.....
"Kerjasama politik dengan umno tak perlu diperbesar besarkan kerana ianya telah lama wujud didalam Pas olih orang yg mempunyai KEPENTINGAN PERIBADI yg bersifat munafiq. Dihadapan umum nampak berlawan tapi dibelakang tabir terus dengan ajinda peribadi(BERBODEK)." 
Siapakah gerangannya yang Abdul Fatah maksudkan dengan "orang yg mempunyai KEPENTINGAN PERIBADI yg bersifat munafiq. Dihadapan umum nampak berlawan tapi dibelakang tabir terus dengan ajinda peribadi(BERBODEK)."  (dakwaan ini sangat serius boh!)

Zuhdi pula cuba tampil membela Takiyuddin dengan katanya, "Tidak perlu ungkit dosa lampau Umno.Kerjasama itu, katanya bukan bermaksud parti Islam itu bergabung dengan Umno, sebaliknya untuk menegakkan dan mempertahankan Islam demi kebaikan rakyat dan negara."

 Mohd Amar pula muncul untuk membantu dengan penjelasan selanjutnya, "Benda ini (kerjasama) kita bincang di peringkat PAS Pusat dalam Lajnah Politik dan bukan keputusan presiden (Abdul Hadi ) seorang saja.


 "(Semua) setuju, tak ada masalah (untuk bekerjasama dengan Umno). Sebab ini menyentuh kepentingan Islam. Bukan dengan Umno sahaja, dengan siapa-siapa kita boleh bincang, kita boleh duduk sekali," katanya.


Menarik sekali komen Dzolkharnain Abidin membidas alasan dan hujah longgar mereka yang kononnya demi agama :

Kebaikan perlu disokong walau siapa pun yang melakukannya. Inilah teori 'kerjasama' Umno - Pas bikinan Ketua Pemuda Pas Pusat.


 Soalnya, mengapa teori itu tidak terpakai untuk semua kes tetapi hanya terpakai untuk kes Umno - Pas saja?9

Mengapa kebaikan orang lain selain Umno ditutup sebelah mata? Atau, hanya kebaikan Umno dianggap kebaikan, tapi kebaikan orang lain dianggap keburukan? Rembat 2.6b pun kira baik jugak?

Mahfuz Omar dengan sinis berkata : Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang.... Kah! Kah! Kah! 

Sesama mereka semua sudah bertelagah sebab terlalu takut para penyokong mereka marah dan join Amanah!

Saya setuju dengan apa yang Abdul Fatah kata, "Kerjasama politik dengan umno tak perlu diperbesar besarkan kerana ianya telah lama wujud didalam Pas oleh orang yg mempunyai KEPENTINGAN PERIBADI yg bersifat munafiq.

"Pemimpin Pas tak perlu menyusahkan diri mengarah ahli dan penyukung Pas supaya menyukung kebaikan yg dibuat olih parti lawan (umno)."

Teguran Abdul Fatah nampak ikhlas walaupun menampakan kemarahannya terhadap seseorang hingga dituduhnya munafiq.

Walau apa pun kita dapat saksikan bagaimana PAS masih mahu memperbodohkan para wala'unnya sendiri....

Bahawa tiada siapa yang akan tentang dan marah jika bekerjasama dalam menyelesaikan masalah rakyat. Cuma keikhlasan dan kesungguhan PAS yang sepatutnya berlaku dalam parlimen tidak berlaku.

Kebanyakan Ahli Parlimen PAS, selain Mahfuz Omar, mereka tidak lantang bersuara menasihati kerajaan yang saban hari menyusahkan rakyat. Mereka lebih selesa duduk goyang-goyang telor  atau ponteng!

Kemunkinan besar mereka bersikap begitu adaah kerana bimbang dengan ugutan PM Najib :

"Jangan minta apa-apa kalau tak sokong BN!"

Maka benarlah sebagaimana yang Abdul Fatah sebutkan, "kerana ada KEPENTINGAN PERIBADI yg bersifat munafiq" 

Apakah mereka tidak menyedari, 'membangkang' merupakan satu bentuk nasihat juga. Kerjasama PAS-Umno adalah lebih kepada memberi sokongan kepada Umno yang sedang kelemasan....
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

nampak duit bnyk cair serban kopiah dh Ulama dunia tu hidup senang lenang ade umah mcn umah mentri kerete besar ahli2 Pas nk sokongke ulama mcm ni kemaruk nk jdi Mentri Arwah TGNA x de Pas ni mcn syarikat dia sendiri main signje Kemaruk harta dunia

Anonymous said...

Pemimpin tertinggi pas mcm dah hilang akal. Merapu merepek je kebelakangan ni!! Hanya dua tiga kerat yg masih rasional. Itu pun terpaksa berkias kias utk jaga hati mr. Presideng!!

Utk perhatian pemimpin2 pas yg tk sedor diri...bahawasanya pengundi yg mengundi PR dlm pru13 lalu akan mengundi calon2 PH...!! Jangan lah kamu perasan bahawa melayu solid sokong kamu...!!

Undi bukan melayu (yg undi PR) Sah2 tk akan sokong pas!! Pas hanya harap undi melayu. Tapi undi melayu pun berpecah kpd PH BN dan Pas sendiri!! Tanpa undi bkn melayu pas hanya boleh bernafas di pantai timur je! Tapi belum tentu selamat....!! Sebab AMANAH akan letak calon di sana.

Pas memperjuangkan islam. AMANAH pun memprjuangkan islam! Dasar pas islam. Dasar AMANAH pun islam. Pas berkawan dgn biawak amno. Yg byk menyusahkan rakyat.

Paling2 isu yg dguna pas lawan AMANAH ialah hubungan dgn DAP... Ayat2 agama akan dimanipulasi sepenuhnya oleh pas utk mewajarkan tindakan utk mengkafirkan amanah sebab berkawan dgn parti diterajui oleh bukan islam...!!

Biar pemimpin AMANAH bersedia utk tepis peluru kapur yg bakal dijaja oleh pas!! Jangan lupa halakan meriam2 berfakta utk hentam balik parti yg khianat rakyat itu...!!

Puiiii...dulu kami undi pas utk gantikan umno jd kerajaan. Dulu kami pangkah pas utk lawan umnobn. Sekarang kamu nak bersahabat pulak...!!! Atas kebaikkan konon. Puiii....haha. Rasa lega sikit...

Anonymous said...

Korang tak payah2 sibuk la dgn pas, biarlah diorang nak bersatu. Bersatu, berbaik2 adalah lebih baik drpd bermusuhan sesama islam.matlamat bersatu ialah demi maslahah umat islam, yg korang menuduh kerana wang tu apa buktinya? Korang ni, nak berkawan dgn dap kapir tu silakanlah, pas dah terbodoh dgn lakonan lge sebelum ini,tapi dah sedar,,tapi jika korang nak terus terbodoh dgn kapir ppinang tu teruskan lah, tapi kata2 tu biar menunjukkan korang tu masih orang islam. Pas join umno, Dap dan Pan tak rugi apa pun, korang masih boleh perintah ppinang pa, masih boleh halau orang Melayu drpd tana diorang. Tapi, kat negeri lain korang susah le nak menang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...