GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, December 15, 2015

Majlis Keselamatan Negara rampas kuasa Agong?

Yang di-Pertuan Agong akan hilang kuasa terhadap angkatan tentera jika Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) diluluskan, kata peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, menambah rang undang-undang itu melanggar 3 artikel dalam Perlembagaan Persekutuan.

 Beliau berkata, rang undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan kerana ada banyak peruntukan di dalamnya yang bertentangan dengan Perlembagaan.

 “Kita temui isu baharu yang berkaitan ketenteraan – perundangan itu mengabaikan rantaian arahan secara keseluruhan berkaitan dengan tentera.

 “Mengikut Artikel 41, anda akan lihat Yang di-Pertuan Agong memberi arahan kepada tentera. “Kuasa itu kini diabaikan oleh RUU itu,” kata Ambiga yang juga jurucakap kempen #TakNakDiktator menentang RUU itu.

 Beliau bercakap demikian pada sidang akhbar selepas taklimat kepada senator Dewan Negara di Parlimen, hari ini.

 Yang di-Pertuan Agong ialah komander kehormat dalam Angkatan Tentera Malaysia.

 Di bawah UU MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat atau Dewan rendah Parlimen, perdana menteri yang mengetuai majlis boleh mengisytiharkan sesuatu kawasan keselamatan dan membenarkan tangkapan, pencarian dan penggeledahan dibuat di kawasan berkenaan tanpa waran. – 15 Disember, 2015. ~ sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Kpd yg tak tau nak undi sapa PRU14 nnt, ni ada sifirnya:

BN vs PAS = PAS
BN vs PKR = PKR
BN vs PAN = PAN
BN vs DAP = DAP
BN vs PAS vs PKR = PKR
BN vs PAS vs PAN = PAN
BN vs PAS vs DAP = DAP
BN vs PAS vs Bebas = Bebas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...