JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, December 03, 2015

'Malaysia bakal jadi negara polis dengan akta baru MKN'

Oleh : Kow Gah Chie
Pakatan Harapan menggesa kerajaan membatal atau menangguhkan  rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang dirancang untuk diluluskan di Parlimen hari ini.

 "Saya mahu undang-undang ini dimansuhkan. Jika kerajaan masih mahu meneruskannya, berikan kami masa yang cukup (untuk persedian berbahas secara menyeluruh di Dewan Rakyat)," kata Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang).

 "Kami sibuk dengan perbahasan Bajet 2016 [...] kami tidak mempunyai masa yang mencukupi (untuk persediaan membagas rang undang-undang itu). Rang undang-undang itu mengandungi banyak peruntukan yang zalim dan menindas" katanya.

 "Jika rang undang-undang itu diluluskan hari ini, kita akan menuju menjadi negara polis. Kami akan menentangnya habis-habisan," katanya.

 "Saya harap keadilan dan akal akan diguna pakai, biarlah kerajaan tarik balik rang undang-undang itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

 Akta baru itu hanya dibentangkan Selasa lalu. Ia memberikan MKN kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana tempat sebagai 'kawasan keselamatan' dan pasukan keselamatan boleh campur tangan untuk menangkap dan menyita tempat itu tanpa waran. ~  malaysiakini 
Comments
1 Comments

1 comment :

NAA ZAR said...

OK je kalau diluluskan RUU MKN 2015 tu......... nanti lepas PRU 14 "KERAJAAN BARU" yang mengambil aleh Putrajaya bolehlah gunapakai RUU MKN 2015 ke atas org2 UMNO/BN + PAS yg nak buat "kekacauan" sebab kalah pd PRU14. Semuanya ALLAH telah rancang dan atur dengan canteek sangat......senjata makan tuan... Sebagai contoh sebaik selepas PRU14 maka ramailah pemimpin umno yg dah "kecut telur" nak lari keluar negara.........maka serta merta MKN(semestinya PM) yg baru akan istihar semua "pintu keluar masuk negara" sebagai KAWASAN KESELAMATAN..........mana nak lari lagi bro.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...