JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, December 18, 2015

Mana ada penyamun mengaku penyamun??

Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, sebarang kerjasama antara dua parti itu perlu meletakkan agama Islam sebagai kepentingan utama.

 "Kedua-dua parti perlu ikhlas bila bercakap tentang perpaduan. Kena letak kepentingan Islam mengatasi segalanya.
 "Kalau ingin bekerjasama kerana politik, perpaduan itu tidak akan ke mana.

 "Ia mungkin menjadikan dua parti itu bersatu seketika namun selepas itu bergaduh balik. Akhirnya jadi perpaduan penyamun.

 "Kerjasama perpaduan yang ingin dibina mesti bukan berasaskan politik, kaum dan kelompok namun perpaduan kerana Islam," katanya di sini

Komen al-Husseyn :

Suatu masa dulu beriya benar Hj Hadi menolak kerjasama dengan Umno, konon mahu kekal bersama PR.

Setelah  berjaya mengkucarkacirkan dan akhirnya meranapkan PR, kini projek UG yang sangat ditentang oleh almarhum TGNA sedang berjalan lancar dengan meletakan kepentingan Islam bagi tujuan penyatuan PAS dan Umno.

Mungkin Mohd Amar boleh jelaskan kepada kita semua apa sudah jadi dengan projek 'Just cut it like that'?

Umno menerusi Jamil Khir pernah menjanjikan jalan mudah untuk membantu PAS melaksanakan Hudud di Kelantan.Begitu mudahnya PAS menelan umpan melalui janji manis tersebut.


Menurut Mohd Amar Nik Abdullah UMNO perlu membantu mempermudahkan pembentangan RUU bagi membolehkan institusi Mahkamah Syariah diperkasakan.

Beliau berkata, jika hasrat kerajaan negeri itu masih gagal, maka kedua-dua parti akan kembali berperang.Kah! Kah! Kah! Umno dan PAS kini sebaliknya semakin berpedakapan dengan penuh berahi!

Najib setelah memecat Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal daripada kerajaan berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterimanya serta membelasah semua pengkritiknya,  Najib menawarkan salam kerjasama dengan Pas yang selama ini dimusuhinya.

PAS sendiri berserabut dengan skendal pembalakan haram di Kelantan yang kini masih lagi dalam siasatan SPRM.


Beberapa pegawai Perhutanan Machang dan seorang pegawai pengurusan tertinggi anak syarikat kerajaan negeri ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembalakan haram di hutan Simpan Ulu Sat Machang. Baca di sini .

Apakah dengan kerajaan negeri PAS yang masih terjebak dengan isu pembalakan haram melakukan kerjasama dengan Najib yang sedang bergelumang dengan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion Pak Arab gila itu tidak dilihat sebagai perpaduan penyamun?
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Penyamun balak/ duit cikgu agama join penyamun derma... Hidup penyamun

Anonymous said...

kau satu aku satu punyamun la tu

Anonymous said...

I help you. You help me. Apade hal....hehe. Wa jual agama. Lu jual bangsa. Kita satu team maa...

Tapi...ssttt. Jgn mising2!!! Nanti itu...akar umbi pas byk marah aaa. Kita slow2 kawtim ley...haha

An Anonymous said...

Kalau nak belajar ilmu politik, kena belajar dari mat sabu.. Sebelum buat parti baru, kena war2kan dulu bahawa PAS nak berUG dgn UMNO.. Bila dah bersedia nak buat parti baru, jangan lupa kena langgar sumpah bai'ah dulu.. Bila parti dah tertubuh, langgar jer harta wakaf pulak.. Bila nak tarik perhatian @ kasih sayang DAP, declare jer sanggup tolak hudud sekiranya DAP tolak hudud (sy yakin PKR x kan tergamak nak tolak hudud).. Bila parti dah mula x dapat sambutan, tuduh jer parti PAS diresapi oleh ISIS.. Bila parti dah nak lemas, buat jer kenyataan syok sendiri utk ambik alih Kelantan dari PAS...

Kalau macam ni punya ilmu, maka terbaeklah ilmu politik mat sabu.. Saya bagi 3 suku bintang!!

Anonymous said...

najib dibenci sbgn besar rakyat krn menyebabkan hidup mrk susah. hadi & co dok bg oksijen dan tongkat najib. ilmu politik terbaik. 5 bintang!

Anonymous said...

Pas penyamun balak n duit cikgu dikelantan. Umno/najib penyamun derma rm2.6b & 1mdb. Pas n umno sama2 penyamun. Haha. Bila pas nk saman mat sabu krn tuduh ISIS? Berani ker? Loyar hanipa dok tunggu. See u in court. Haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...