GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, December 01, 2015

Mana itu surat wahai Hj Hadi kalau kamu bercakap benar?

 Baca selanjutnya di sini
 Cara paling mudah bagi PAS menghentikan kritikan Husam ialah dengan arahan mengunci mulut Husam.

Okeylah, buat sementara waktu ini Husam terpaksa tutup mulut sementara menunggu tindakan susulan JKPP.

Namun 'gag order' tidak dikenakan terhadap presiden PAS, Hj Hadi. Maka Hj Hadi bolehlah bercakap, untuk buat kenyataan. 

Kita bukan nak suruh Hj Hadi maki hamun sesiapa pun. Cuma mahu Hj Hadi buat kenyataan untuk menjelaskan seperkara yang masih menjadi banyak tanda tanya dan kekeliruan ramai. Perkara yang saya maksudkan ini tidak ada kaitan dengan Husam.

Kita mahu Hj Hadi membuktikan dakwaannya bahawa al-Qaradhawi telah memfatwakan pengharaman AMANAH melalui sepucuk surat sebagaimana dakwaannya :




Hingga kini Hj Hadi gagal membuktikan dakwaannya mengenai adanya surat tersebut sekali gus dia gagal untuk membuktikan kebenaran dakwaannya itu.

Mana itu surat wahai Hj Hadi kalau kamu bercakap benar?

Apabila Husam mendakwa, Hj Hadi memujuk Azmin dan beberapa Adun PKR menyertai Pas. Husam dipanggil mengadap disuruh bawakan bukti dakwaannya itu. 

Tetapi kenapa dalam hal keadaan Hj Hadi mendakwa al-Qaradhawi memfatwakan pengharaman Amanah melalui sepucuk surat itu, Hj Hadi tidak pernah diminta  oleh JKPP untuk membuktikan dakwaannya itu?

Tidakkah ini double standard namanya? Apakah PAS ingat Hj Hadi tidak pandai membohong atau buat fitnah? Segala cakap-cakap dan dakwaan Hj Hadi itu semuanya benar?? Jangan lupa tentang kenyataan Hakim mahkamah yang menyebut bahawa kenyataan Hj Hadi mengenai pill Kuda itu ada unsur-unsur fitnah ...  
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Setelah aku berusaha sedaya upaya untuk bersangka baik tentang Hadi ini pernah bermimpi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. tiga kali, sikit pun aku tidak percaya pada cakap ulama(?) pembohong ini. Adakah layak pembohong ini didatangi oleh Nabi s.a.w. dalam mimpinya?

CM2015 CM2015 said...

Cuba kita "buang yang keruh dan ambil yg jernih".

Abdul Said said...

Ingatkan penjual ubat tepi jalan sahaja yang temberang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...