JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, December 31, 2015

Najib berjaya berselindung disebalik undang-undang ...

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan saman bekas ahli Umno, Anina Saaduddin yang mahu presiden parti itu menjelaskan tentang derma RM2.6 bilion diterimanya kepada ahli parti.

 Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab berkata, Anina tidak mempunyai "locus standi" kerana bukan lagi ahli Umno.

 "Disebabkan itu, tindakannya adalah tidak mapan dan boleh dipertahankan," katanya.

 Peguam Anina Mohamed Haniff Kahtri Abdullah berkata mereka akan merayu terhadap keputusan itu. Mahkamah juga menganugerahkan RM5,000 setiap seorang sebagai kos ganti rugi kepada Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh yang turut terlibat dalam saman itu.


 Zaki berkata, di bawah Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan 1966, Anina boleh membawa suatu perkara ke mahkamah jika beliau adalah seorang pegawai umum atau memegang jawatan dalam Umno.

 "Dia tidak berada pada kedua-dua kapasiti itu," katanya.

 Hakim itu berkata Anina juga tidak boleh membawa tindakan derivatif bagi pihak ahli lain kerana dia sudah dipecat daripada Umno.

 "Dia adalah seorang ahli ketika dia mengambil tindakan itu tetapi kini keahliannya dibatalkan. Dalam kata lain tindakan yang diambilnya juga gagal," katanya.

 Hakim itu berkata, Anina juga tidak sepatutnya memulakan saman itu mengikut pertimbangan kepentingan awam.

 "Saya dapati isu saman itu melibatkan urusan dalaman parti dan bukan satu perkara yang melibatkan kepentingan awam," kata Zaki. - Baca lagi di sini
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Tak lama lagi, tentu dapat Tan Sri.

Anonymous said...

Najib telah cipta sejarah dalam prosiding dimahkamah malaysia sebab semua apa yang najib berjaya dalam prosiding kes akan menjadi rujukan di prosiding-prosiding dimasa depan dan peguam yang mewakili najib akan terkedu pabila kes-kes seperti yang di lalui mereka akan dirujuk oleh para hakim yang hendak menjatuhkan hukuman nanti sama-sama kita tunggu dan lihat seperti kes anina ini sepatutnya tak timbul samada sudah dipecat atau masih menjadi ahli dalam sesuatu pertubuhan sebab kes ini telah menjadi suatu kepentingan umum bagi rakyat yang hendak menegakkan keadilan tapi najib lebih selesa berselindung dengan kuasa yang ada padanya dengan mengunakan penguatkuasa undang-undang yang bersujud dengannya.

Anonymous said...

Apalah Bodoh punye hakim.dia saman NajibTuya masa dia masih ahli Umngok.ngok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...