JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, December 14, 2015

PAS akan membantu UMNO jika itu yang ditawarkan oleh UMNO atas dasar syariat Islam.

Salam ukhwah dan silaturahim yang dihulurkan oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terus mendapat perhatian dan ulasan dari pentadbiran PAS dan kali ini giliran Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula mengeluarkan kenyataan.

 Beliau jelas berlapang dada dan bersyukur, akhirnya pemimpin tertinggi UMNO berani menghulurkan tali silaturahim kepada mereka demi kesejahteraan ummah dan kesepaduan umat Islam dan Melayu hari ini. Ujar beliau, jika UMNO untung, PAS rugi. Jika PAS untung, UMNO rugi. Tapi jika Islam untung, PAS dan UMNO tidak akan rugi.

 Ujar beliau, ada pihak yang menuduh UMNO akan mengambil keuntungan daripada kerjasama dengan PAS tetapi pada beliau UMNO akan tetap mengaut keuntungan tanpa PAS kerana melaksanakan syariat Islam. Beliau juga menegaskan, PAS tidak akan rugi apabila Islam semakin kukuh di Malaysia. Nik Mohamad Abduh seterusnya berkata, Islam bukan pada kata-kata dan janji tetapi keikhlasan, kesungguhan dan keberanian.

 Justeru, katanya, UMNO dan PAS terikat dan tergadai pada ketiga-tiga itu dan bakal menjalani hukuman Allah S.W.T jika tidak melaksanakannya. Sehubungan itu, kata beliau, PAS akan membantu UMNO jika itu yang ditawarkan oleh UMNO atas dasar syariat Islam. Menurutnya, PAS kekal membantu UMNO untuk melaksanakan Islam di negara ini.

 Beliau mengulas atas salam ukhwah dan silaturahim yang dihulurkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sewaktu berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 menjelaskan parti itu bersedia bekerjasama dengan PAS demi agama Islam dan kaum Melayu. tawaran kerjasama itu disambut baik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menegaskan kepentingan Islam menjadi agenda utama parti berkenaan sejak ditubuhkan.

 Namun, kata Abdul Hadi, PAS masih perlu meneruskan kerjasama dengan PKR berdasarkan keputusan yang dibuat majlis syura parti itu sebelum ini. Pada masa yang sama, sebarang keputusan berhubung masa depan parti berkenaan bergantung kepada Majlis Syura dan sebarang keputusan dari majlis berkenaan pastinya akan diikut oleh PAS secara total tanpa ada sebarang dakwa dakwi lagi.

 Mengulas tentang perkara berkenaan, Nik Abduh dilaporkan berkata, ia sememangnya amalan PAS sejak dari dahulu dan berhubung perkara ini, beliau tidak nampak dimana salahnya PAS dan UMNO kembali bergabung. Ini kerana, PAS dilahirkan dari dalam UMNO dan pernah bergabung dengan UMNO satu ketika dahulu.

 Apa yang beliau harapkan, kesatuan ummah dan penyatuan semua umat Islam demi memastikan Malaysia kekal diperintah oleh umat Islam berlandaskan syarak yang ditetapkan oleh Islam. Namun begiitu, beliau enggan mengesahkan PAS menerima sepenuhnya perlawaan ini. Semuanya masih tertakluk kepada Majlis Syura PAS dan pentadbiran tertinggi PAS. ~ sumber 
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Umno untung Pas rugi tak apa..

Kah...kah....kah

Weiii..Nik Abduh.
Hambo dah cadang dulu...
Pas ni jd badan dakwah lagi molek

Kan molek gitu
Tok susah2 ahli nak milih

Anonymous said...

Elok sgt la PAS-UMNO bersatu/bekerjasama/bergabung/berUG. Supaya yg hitam nampak hitam. Yang putih nampak putih. Agar rakyat/pengundi tidak blur blur nak pilih.

Mcm skrg kan susah. Nak kata PAS tu pbangkang mcm bukan. Sebab asyik backup umno je. Seolah olah PAS dah jd komponen terbaru BN je...

Bersama BN terus kan senang!! Kot2 dpt le rasa sikit2 jd pak mrnteri ke...pengerusi GLC ke...Duta ke luar negara ke...haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...