PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Friday, December 18, 2015

PAS hilang integritinya dan kelihatan seperti Badut Sarkis yang akan mengembirakan Umno!

Umno Bahagian Kapar menafikan dakwaan mereka menghalau petugas PAS yang membantu mangsa banjir di Dewan Merak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru di Klang pada Rabu, kata timbalan ketuanya, Datuk Saroni Judi.

 Beliau sebaliknya berkata, dakwaan tersebar di media sosial kononnya ahli parti itu menghalau Unit Amal PAS keluar dari dewan adalah tidak benar kerana dewan berkenaan perlu dikosongkan bagi persiapan majlis perkahwinan Sabtu ini.

 Apa yang berlaku, katanya menurut akhbar Berita Harian, cuma salah faham kedua-dua pihak dan ia dakwanya diputar belit kerana perkara itu sudah dimaklumkan kepada pemimpin PAS kawasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman.

 "Pemilik majlis menempah dewan melalui pihak SMK Meru sejak beberapa bulan lalu. Esok (Jumaat) kerja persiapan untuk perkahwinan akan dimulakan. Sudah pasti persiapan perkahwinan memerlukan masa untuk disiapkan.

 "Oleh itu, pihak sekolah minta dewan ini dikosongkan dan Dr Rani bersetuju dengan cadangan ini. Hasil perbincangan, pihak sekolah mencadangkan semua 45 keluarga mangsa banjir dipindahkan ke 9 bilik darjah," beliau dipetik berkata akhbar itu.

 Media semalam melaporkan, Dr Rani meminta unit itu meninggalkan kawasan berkenaan kerana jika mereka tidak berpindah, pusat pemindahan mangsa banjir itu akan ditutup.

 Beliau dilaporkan berkata, arahan itu dibuat Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah kepadanya kira-kira jam 2 petang Rabu dengan alasan ia arahan "pihak atasan".

 Sebanyak 52 keluarga mangsa banjir dari Persiaran Hamzah Alang, Taman Sri Puteri, Taman Saujana, Taman Meru Utama, Taman Berkat dan Taman Bayu dilaporkan dipindahkan ke sekolah berkenaan. – 18 Disember, 2015. - sumber 

Komen al-Husseyn :

Bila dah kantoi, macam-macamlah alasan dicari supaya tidak nampak sangat bangangnya.

Tidak mungkin Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman salah faham mengenai arahan supaya Unit Amal yang membantu mangsa banjir meninggalkan kawasan itu.

 Sebelum ini dilaporkan,  Dr Abdul Rani Osman sendiri yang telah meminta unit Amal agar meninggalkan kawasan itu kerana jika mereka tidak berpindah, pusat pemindahan mangsa banjir itu akan ditutup.

Apakah Dr Rani pandai-pandai sendiri berkata "jika mereka tidak berpindah, pusat pemindahan mangsa banjir itu akan ditutup!"

 Katanya, arahan supaya unit itu keluar dibuat Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah kepadanya kira-kira jam 2 petang semalam dengan alasan ia arahan "pihak atasan".

Apa yang jelas kepada kita ialah, Umno akan terus mempermainkan PAS dalam pelbagai cara hingga PAS hilang integritinya dan kelihatan seperti Badut Sarkis yang akan mengembirakan Umno!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...