GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, December 23, 2015

PAS mahu bersekongkol dengan penerima rasuah??

Ana garu enta, enta garu ana pula nanti kan kan??
Ajaran Islam mana yang meminta orang Islam berpadu atas semangat Melayu dengan penerima rasuah? 

Bersekongkol dengan penerima rasuah, kemudian memaafkan pula dosa penerima rasuah itu terhadap rakyat dipetik dalilnya dari sumber mana?

Perasuah dan penerima rasuah dilaknat oleh Allah (lihat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Malam tadi, dalam ceramahnya di Jitra, dua kali Presiden Amanah ulang hadith tentang jenayah rasuah.

 RM2.6b yang masuk akaun Najib adalah rasuah. Masakan ada Arab gila mana yang sanggup derma sebanyak itu tanpa imbalan. Atas apa alasan dan terma pun, seorang pemimpin yang menerima sesuatu pemberian secara sembrono, namanya rasuah.

 Pemimpin hanya boleh menerima habuan selayaknya mengikut peraturan yang termaktub secara sah. RM2.6b yang Najib terima ikut peraturan mana?

 Najib terima rasuah. Itu tak berapa pelik. Apa yang pelik ialah, ada parti yang berlabel Islam boleh bersedondon bersenyum simpul sepentas dengannya atas nama perpaduan Melayu Islam.

 Ajaran Islam mana yang meminta orang Islam berpadu atas semangat Melayu dengan penerima rasuah? Bersekongkol dengan penerima rasuah, kemudian memaafkan pula dosa penerima rasuah itu terhadap rakyat dipetik dalilnya dari sumber mana?

 Dosa rasuah adalah dosa dengan rakyat, bukan dosa peribadi seperti khalwat. Rasuah membinasakan negara, rakyat, langit dan bumi. Kalau tidak takkan Allah melaknat perasuah dan penerimanya.

 Bersedondon atas pentas dengan penerima rasuah atas nama perpaduan Melayu sangat memalu dan memualkan, apatah lagi apabila pelakunya adalah parti yang berlabel Islam.

 Carilah alasan apa pun, sorry to say, rakyat tak boleh terima parti sebegitu, biarpun berlabel Islam. Mampukah serban, jubah dan title tuanguru yang disipongangkan ke seluruh pelusuk buana itu menutup busuk dan hanyirnya bau tubuh pemimpin rasuah?

 ~ Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Hanya ulamak melayu bangsat bersekongkol dgn pemimpin melayu perasuah bangsat..

Anonymous said...

najib dan hj hadi seperti isi dan kuku..aur dan tebing...seperti berkasih syg..sedondon bersama...saling perlu memerlukan..cuma walaun dok blur lagi..tenggelam dan tertipu dalam kewala'an..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...