JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, December 06, 2015

PasMa sokong Pakatan Harapan

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) melalui 5 resolusi yang telah dicapai pada konvension kali ke-2 kelmarin  turut  menyatakan pendiriannya bahawa NGO tersebut akan menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang. 

Pakatan Rakyat Harapan disaran untuk mendapatkan pendaftaran rasmi sehingga dapat bertanding dalam pilihan raya umum di bawah satu simbol.

Resolusi itu mengingatkan Pakatan Harapan supaya tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan ketika dalam Pakatan Rakyat dulu yang tidak pernah dirasmikan sebagai sebuah parti politik.
 
Pakatan Harapan gabungan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara disaran supaya didaftar secara rasmi untuk memastikan bahawa calon-calon pembangkang boleh bertanding di bawah simbol pilihan raya tunggal, seperti Barisan Nasional.

 Resolusi lain yang diterima adalah untuk ketiga-tiga parti - DAP, PKR dan Amanah - secara kolektif bersetuju mengenai strategi dan arahtuju dasar Pakatan Harapan untuk kerajaan negeri Pulau Pinang; kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR perlu mencontohi Pulau Pinang dalam membentuk kerajaan negeri Pakatan Harapan; dan Pulau Pinang akan menubuhkan Pusat Islam , untuk meneroka prospek pembangunan khazanah Islam di negeri ini, untuk menafikan persepsi orang ramai yang anti-Islam terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang. 

Resolusi terakhir menggesa supaya Pasma bekerjasama dengan kumpulan masyarakat sivil pro-Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang .

Konvensyen PasMa Ke-2 Nasional telah diadakan pagi kelmarin,Sabtu, 5 Disember 2015 di Hotel Seri Malaysia,Kepala Batas, Pulau Pinang.

Tiga pemimpin tertinggi PASMA telah menyampaikan ucapan aluan iaitu Ustaz Taib Ahmad, Setiausaha Agung PASMA ; Zolkifly Md. Lazim, Pengerusi PASMA Pulau Pinang, dan Ucaptama Presiden PASMA, Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi. 


Ustaz Muhammad Hussain (Timbalan Presiden PASMA /Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan) telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk “PASMA Pemacu Perubahan Politik Malaysia.”

Sementara Saudara Muhamad Hisomudin Bakar selaku pengerusi Kaji Selidik Ilham Centre membentangkan berkaitan dengan peranan PASMA dalam perubahan lanskap politik Malaysia .


Perwakilan/Ketua dari setiap negeri telah urut membahaskan kertas-kertas tersebut yang terdiri daripada Ustaz Mohd. Rizal Akhir (Pulau Pinang), Wan Zulkifli Wan Ibrahim (Kedah), Mohd. Saad Ismail (Perak), Cikgu Izham Ahmad (Selangor), Dr. Wahab Hasan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Ustaz Aziz Abbas (Terengganu), Tengku Puji Tengku Abdul Hamid (Pahang), Rusydan Mustafa (Kelantan) dan Sheikh Umar Bagharib (Johor).
 Majlis telah meluluskan 5 Resolusi berikut :

Turut diadakan forum "Masa Depan Pakatan Harapan Dalam Politik Malaysia". Tiga  tokoh telah membahaskan tajuk tersebut  terdiri dari Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin (AJK AMANAH Pusat), Prof. Ab. Aziz Bari (Pakar Perlembagaan / wakil DAP) & Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Agama Islam Kerajaan Pulau Pinang / wakil PKR) , manakala Sheikh Omar bertindak selaku moderator.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah bekas Ketua Muslimat PAS, Jamilah Ibrahim yang telah turut menyampaikan ucapan ringkas.

Penasihat Umum AMANAH, Tuan Guru Ahmad Awang telah merasmikan acara penutupan konvensyen tersebut.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...