GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, December 06, 2015

Pelajaran Percuma hanya temberang Umno/BN

Umno/BN yang suatu ketika dulu di akhir 2002 dalam usaha untuk penutupan Sekolah Agama Rakyat (SAR), telah menghentikan Bantuan Perkapita kepada SAR.

 Mereka juga mencadangkan seluruh pelajar SAR akan diserapkan ke sistem Sekolah-Sekolah Kebangsaan atas alasan untuk untuk mengintegrasi dan menyeragamkan pendidikan dalam satu sistem pendidikan yang selaras untuk memenuhi aspirasi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 
 Tetapi kini tiba-tiba nak jadi penyelamat, bila Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar menjanjikan 'sekolah agama percuma' buat rakyat jika Umno/BN berjaya merampas semula negeri terkaya itu dari tangan gabungan pembangkang.

 Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berikrar akan meyakinkan rakyat tentang janji mereka itu. 

 Macamana nak meyakinkan rakyat wahai Datuk Noh? Janji nak beri 'Pelajaran Percuma' ni sejak 1982 lagi tapi sampai kini masih belum menjadi realiti. Mohong adalah ….

Kenapa pula kali ini hanya nak beri 'sekolah agama percuma' waima dulu janji nak beri 'Pelajaran Percuma' kepada semua pelajar.

Utusan melaporkan di muka depan dengan tajuk besar 'Pelajaran Percuma Menjelang 1982'

Pada perenggan pertama  tertulis:

 “Semua murid-murid sekolah dikecualikan dari membayar yuran sekolah tahun 1982 berikutan dengan dilaksana sepenuhnya dasar pelajaran kebangsaaan, kata Menteri Pelajaran...”

 Bahawa kerajaan Umno/BN sudah berjanji untuk memberikan pendidikan percuma sejak 1982 lagi. Ini bermakna Kerajaan sudah hamper 34 tahun tidak menunaikan janjinya sejak dahulu lagi …

 Di era Tun Abdullah Badawi juga berjanji serupa tapi gagal melaksanakan janji untuk yuran persekolahan percuma sebagaimana ketika mengumumkan belanjawan 2008 pada 7 September 2007.

 Begitu juga Umno/BN berjanji semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Najib Tun Razak mengumumkan yuran pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah akan diimansuh..

 “Mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan,” kata Najib.

Pada masa itu pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran ko-kurikulum, kertas ujian dalaman, yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, dan insurans takaful.

Tetapi bila sesi persekolahan baru bermula, ibu bapa dikejutkan oleh pengumuman kerajaan yang menggantikan yuran sekolah dengan tiga pakej bayaran tambahan (PBT). 

 Ibu-bapa juga perlu membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang tidak kurang RM20 malahan ada yang mencecah RM100. 

Ini semua hanya temberang Umno/BN untuk modal pilihan raya sahaja. Hentikan pembohongan ini, kerana rakyat masih ingat pembohongan kerajaan Umno/BN.
Comments
1 Comments

1 comment :

otaiblues.blogspot said...

walau pun ramai yg tahu mereka menipu sejak dulu lagi.tp masih ramai yg mwnyokong.mengapa ye?
ape ilmu yg depa pakai 10x di tipu pun tak pe dan masih rela di tipu lagi. sesuai dengan selogan dulu kini dan selamanyanya.
bila la nk sedar.agak nya bila nyawa dah sampai kat kerongkong baru mereka nak sedar kot?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...