PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Wednesday, December 23, 2015

Pelayaran Titanic Umno menuju kemusnahan bersama PAS

Oleh :Liew Chin Tong
Satu gabungan antara Umno dan PAS adalah kemungkinan besar terbentuk berikutan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, dan juga penampilan bersama Najib dan Hadi Awang dalam Baju Melayu merah jambu pada Persidangan Serantau (Multaqa Serantau) untuk graduan Al-Azhar yang berlangsung khamis lalu.

 Penggabungan Umno-PAS adalah sebahagian daripada satu siri "sekali dalam satu generasi" gempa bumi politik, gempa susulan dan penjajaran semula pada tahun 2015 dan seterusnya.

 Dari satu sudut, selepas puak konservatif menyapu bersih pada pemilihan Muktamar PAS pada 6 Jun, kalangan progresif membentuk Parti Amanah Negara pada 16 September. Pakatan Rakyat tidak lagi wujud dan pakatan baru Pakatan Harapan telah ditubuhkan pada 22 September. 

 Sebelum perpecahan yang sebenar, debat dalaman di dalam PAS memberi tumpuan kepada dua isu:

 1) Sama ada Islam adalah untuk kesejahteraan semua atau hanya untuk orang Islam; dan 2) Sama ada untuk bekerja dengan Umno rasuah atau bekerjasama dengan pihak-pihak lain yang progresif menentang pemerintahan Umno.

 Sebaliknya, Najib mengalami kehilangan kredibiliti yang tidak boleh diperbaiki akibat daripada siri skandal yang melibatkan ‘derma’ RM2.6 bilion, 1MDB, pengurusan ekonomi yang lemah dan kemelut GST. Umno yang dipimpin oleh Najib ialah Titanic dalam pelayaran untuk musnah.

 Dalam pelayarannya itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipecat kerana berani mempersoalkan integriti Najib. Dan kerusi di atas dek Titanic telah dirombak.

 Lebih banyak lagi rombakan semula dijangka berlaku.

 Pertama, walaupun Najib menguasai pemimpin-pemimpin Umno, yang sama tidak boleh dikatakan terhadap akar umbi Umno. Muhyiddin dan lain-lain yang telah diketepikan oleh Najib adalah penghujung jalan dalam Umno tetapi ada ruang yang besar di luar Umno kerana berjuta-juta rakyat Malaysia, pengundi Melayu terutamanya, yang kecewa dengan Najib dan parti pimpinannya yang rasuah dan pengurusan ekonomi yang lemah.

 Kedua, ramai yg menyertai PAS kerana mereka menentang Umno, khususnya mereka yang menyertai PAS selepas pemecatan Anwar pada tahun 1998. Mereka tidak akan menjadi sebahagian daripada PAS yang memihak kepada Umno Najib apabila Umno adalah tidak mempunyai apa-apa kepercayaan awam dan integriti sama sekali. Kepada kebanyakan ahli PAS, Umno masih lagi kekurangan nilai Islamnya. Oleh itu, ada kemungkinan berlaku perpecahan kedua dalam PAS.

 Satu-satunya senjata dalam gudang senjata Umno Najib dan PAS Hadi ini adalah pentakrifan sempit sentiment kaum dan agama mereka. Semua orang lain – kem Muhyiddin, mereka yang di antara penghijrahan kedua PAS, PKR, Amanah dan DAP - akan perlu membina platform yang menawarkan harapan, perpaduan dan pengurusan ekonomi baru.

 Dan pengurusan ekonomi baru ini perlu meyakinkan rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu biasa, yang Umno bergayut kepada kuasa atas nama Melayu tetapi demi kepentingan kroni sahaja, dan bahawa kroni Umno memang merosakan kepentingan ekonomi orang Melayu biasa.

 Dengan kejatuhan ringgit, harga minyak, harga minyak sawit, dan skandal yang tidak berkesudahan yang melibatkan Perdana Menteri, api kemarahan di akar umbi makin semarak. Titanic Umno tidak lama lagi akan merempuh bongkahan ais, membawa penumpang PAS bersamanya. Malah Umno dan ahli-ahli PAS menyedari potensi bencana ini.

 Bagi MCA Liow Tiong Lai dan Wee Ka Seong - yang berusaha keras untuk menjadikan diri mereka relevan - mereka perlu tahu bahawa di mata rakyat Malaysia, mereka hanya sekumpulan badut terperangkap dalam gelombang besar. Tidak lama kemudian, mereka akan tenggelam di dalam air kerana mereka tidak mempunyai apa-apa petunjuk mengenai perkara yang berlaku dalam skema yang lebih besar.

 Ini bukan masanya untuk menunjukkan retorik politik. Ia adalah masa untuk menghadapi cabaran yang besar untuk mengeluarkan Malaysia daripada permasalahan politik yang dahsyat ini. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...