GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, December 09, 2015

Pemuda sambut ketibaan Muhyiddin dengan laungan!

Kehadiran mengejut Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di saat perhimpunan Pemuda berlangsung menimbulkan kekecohan.

 Laungan "Hidup Tan Sri" turut bergema di perkarangan dewan semasa bekas timbalan perdana menteri itu masuk kira-kira jam 3 petang.

 Muhyiddin ketika tiba turut diiringi dan dikerumuni petugas media dan anggota Pemuda Umno.

 Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini memutuskan untuk menghalang Muhyiddin daripada merasmikan perhimpunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

 Secara tradisinya, timbalan presiden Umno akan merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti.

 Peranan Muhyiddin sebagai orang nombor 2 parti disekat selepas Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk menghentikan tradisi timbalan presiden merasmikan perhimpunan sayap parti Pemuda, Wanita dan Puteri.

 Sebaliknya, ketua pergerakan sayap masing-masing akan merasmikan mesyuarat.

 Muhyiddin juga dilarang bercakap kepada ahli Umno dalam majlis rasmi, menyebabkan beliau berucap pada satu perhimpunan khas di Kampung Baru pada Isnin lalu di mana bekas timbalan perdana menteri itu melakukan serangan terhebatnya terhadap kepimpinan Umno.

 Muhyiddin yang disingkirkan daripada jawatan dalam Kabinet selepas secara terbuka menyoal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai tuduhan skandal kewangan, berkata beliau akan tetap menghadiri perhimpunan parti itu, yang akan bermula esok. – 9 Disember, 2015. ~ themalaysianinsider
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...