GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, December 22, 2015

Penafian Takiyuddin hambar dan lucu, Abdul Fatah suruh Taki berhati-hati

Penafiannya hambar dan lelocon
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin beriya-iya benar cuba menafikan kenyataannya bahawa “PAS sedia memaafkan dan melupakan salah silap UMNO,” tapi kelihatan hambar dan lucu kerana terlalu banyak akhbar-akhbar lain telah turut  melaporkan perkara yang sama. 

Tidak mungkin semuanya berpakat nak berbohong atau mahu buat khianat terhadap Takiyuddin. 

Soalnya, kenapa Taki perlu menafikannya? Adakah kerana khuatir telah terkeluar dari skrip plot UG? 


Apakah Taki takut orang PAS akan marah bila tahu PAS mahu bekerjasama dengan Umno?

Nampaknya Abdul Fatah dah mula naik angin.Ternyata Fatah gusar apabila beliau berkata, "Saya bimbang kebangkitan dan cemuhan olih ahli dan penyukung bawahan tak mampu dikawal olih pemimpin atasan. Beliau menulis selanjutnya:
Dosa umno kpd PAS bukan senipis kulit bawang. Pemimpin Pas berhak membuat kenyataan apa saja yg difikirkan perlu bagi kepentingan politik semasa. TAPI jangan lupa membuat kajian pendirian penyukung bawahan terlebih dahulu. Jangan kita terpengaruh dengan slogan WALAD olih ahli dan penyukong bawahan. Saya bimbang kebangkitan dan cemuhan olih ahli dan penyukung bawahan tak mampu dikawal olih pemimpin atasan. Kebanyakan kezaliman umno selama ini terkena kpd orang bawahan.

Pemimpin atasan tidak ramai yg terlibat dengan kezaliman umno. Bukan mudah hendak padam sejarah kezaliman umno sepanjang pemerintahannya. Ruang perpecahan didalam Pas makin terbuka luas kalau Pas membuat keputusan diluar kemampuan pemikiran ahli dan penyukung bawahan. Saya berasa terpanggil untuk memberi ingatan kpd pemimpin Pas supaya berhati hati didalam membuat kenyataan didalam media masa kerana ianya bolih mengundang bahaya kpd parti. 
 Haru sana haru sini pernah cuba melobi
Ust Ahmad Awang ketika PR menang PRU13
pada 2008, tapi gagal kerana Ahmad Awang
tidak termakan bujukan dan tawaran Umno.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria selepas menyampaikan ucapan selaku panelis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 berkata, "Saya juga telah diminta dulu oleh Dr Mahathir...minta saya supaya cari jalan, supaya dapat kita satukan (UMNO dan PAS)." 


Harussani mengakui dijemput untuk berbincang dan mencari kerjasama terbaik yang boleh dilakukan UMNO dan PAS.


Jelas Harussani, antara pemimpin yang pernah berbincang berkenaan perkara tersebut termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

 "Sekarang ini saya lihat, apa yang diucapkan Perdana Menteri (Najib Razak), Abdul Hadi kepada saya bahawa kedua-duanya menuju ke arah untuk bersatu. " ~sumber

Bekerjasama dengan Umno bukan bermakna PAS masuk Umno atau Umno masuk PAS. 

Dan kerjasama itu bukanlah sekadar kau garu aku, aku garu kamu .....tentulah lebih dari itu...

Cukuplah tidak ada suara PAS mengenai 'derma' RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi PM Najib; atau skandal 1MBD syarikat yang sarat hutang. Memadailah tiada suara PAS menentang kezaliman Umno terhadap Anwar Ibrahim yang dipenjarakan....

Dan yang paling Umno terhutang budi kepada PAS ialah kerana berjaya menghapuskan Pakatan Rakyat dengan umpanan isu 'Hudud' .

 Lazimnya kalau kita mahu berbaik-baik dengan seseorang sudah tentunya kita akan saling bermaafan. Bukankah maaf bermaafan itu amalan yang mulia dan tidak perlu dirahsiakan? 
Makam, Syuhada' Memali

Namun bukan semudah itu untuk memadamkan dosa-dosa Umno yang begitu zalim terhadap orang-orang PAS selama ini (baca kenyataan Iskandar Samad dibawah nanti)


 Allah yang Maha Pengasih, Maha Pengampun pun hanya akan mengampunkan dosa hambanya setelah benar-benar bertaubat dan minta ampun lalu membaiki segala kesilapan yang telah dilakukan.

Sudahkah Umno mengakui kesilapannya terhadap tragedi Memali dan memberi pembelaan kepada waris-waris mangsa tersebut?

Apa hak Takiyuddin yang boleh memaafkan Umno dalam tragedi pembunuhan tersebut?


 Takiyuddin perlu menyedari bahawa ramai di kalangan orang PAS yang masih berfikir bahawa untuk "memaafkan dan melupakan" bukan semudah itu. 

Kepada kawan-kawan yang masih dalam PAS, dan masih tidak percaya PAS sedang mengkhianati perjuangan menegakkan Islam dan mahu bersama Umno (korang percayakah Umno mahukan hukum Islam tertegak di Malaysia??)

Ramai kalangan PAS yang tidak percaya dan terus dikelirukan melalui kenyataan-kenyataan pimpinan PAS sendiri yang bercelaru.

Perhatikan apa yang dicatat oleh seorang teman Taki, Datuk Yazid Othman, bekas wartawan Utusan Melayu yang kini aktif dalam Umno Kelantan.

PERISTIWA BERGAMBAR : Setelah multaqa berakhir tengahari ini 18/12/15 dimana para peserta mula bersurai, Setiausaha Agung PAS Pusat Dato' Takiyuddin Hassan (teman seperjuangan di kampus UM dulu) menarik tangan saya ketepi dan membisikkan "Alhamdulillah to' apa yang kita hasratkan sebelum ini berhasil" ..Saya menjawabnya "Syukurlah to' Insyaallah...semuga ia berjalan dengan baik seperti yang kita cita-citakan.. "
 Demikian catatan cebisan rakaman sejarah disebalik peristiwa pertemuan kedua-dua pemimpin utama bangsa Melayu dan Islam DS Najib dan Hj Hadi, dalam meniti perpaduan antara kedua-dua pihak pas dan umno ..demi kelangsungan bangsa dan agama kita Islam yang maha suci.
Sebelum ini YB Dato' Iskandar A. Samad, Naib Presiden PAS / Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor mengeluarkan kenyataan berikut :

AKAR UMBI PAS AKAN MENOLAK UMNO

Kenyataan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa PAS bersedia untuk kerjasama dengan UMNO adalah satu mimpi di siang hari.

 Beberapa perkembangan yang disebut beliau bukan satu petunjuk kepada sikap PAS yang sebenar. Dato' Seri Najib patut sedar dari mimpi tersebut dan menyelesaikan masalah dalaman UMNO terlebih dahulu.

 Jangan digunakan PAS sebagai satu "smokscreen" untuk menutup masalah UMNO. Seluruh dunia telah mendengar ucapan Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Timbalan Presiden UMNO, malam tadi. Ternyata UMNO berhadapan dengan satu krisis dalaman yang serius seperti tahun 1998 dan tahun 1988.

 UMNO telah melakukan terlalu banyak "dosa" terhadap PAS terutamanya kepada akar umbi PAS.

 Ahli-ahli PAS atau keluarga mereka dinafikan pelbagai peruntukan atau bantuan yang sepatutnya diterima mereka sebagai warganegara yang sah di negara ini.

 Penjawat-penjawat awam yang condong kepada PAS diberi amaran, diugut atau dipindahkan. Gerai-gerai peniaga-peniaga yang menyokong PAS dirobohkan. Aktivis-aktivis PAS ditahan malah ada yang meninggal dunia akibat tahanan tersebut.

 Kelantan dianaktiri sejak penubuhan kerajaan PAS yang pertama dalam tahun 1959. Kerajaan PAS Terengganu telah dinafikan hak royalti petroleum.

 UMNO akan sentiasa mencari PAS apabila tertekan. Tetapi terlalu banyak "dosa" UMNO terhadap PAS dan sudah tentu mustahil bagi akar umbi PAS untuk memaafkan UMNO.

 YB Dato' Iskandar A. Samad
 Naib Presiden PAS / Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
 8 Disember 2015.  ~ SUMBER


KUALA LUMPUR: PAS berkata, kenyataan Presiden Umno, Najib Razak bahawa PAS bersedia untuk kerjasama adalah mimpi di siang hari dan tidak akan memaafkan dosa Umno terhadap parti Islam itu.



 Sebaliknya, Naib Presiden PAS Iskandar Abdul Samad berkata bahawa terlalu banyak dosa yang dilakukan Umno terhadap PAS terutama kepada akar umbi parti.



 Menurutnya, Umno akan sentiasa mencari PAS apabila tertekan tetapi akar umbi PAS sukar memaafkan Umno kerana terlalu banyak "dosa" terhadap PAS.



 "Ahli-ahli PAS atau keluarga mereka dinafikan pelbagai peruntukan atau bantuan yang sepatutnya diterima mereka sebagai warganegara yang sah di negara ini. Baca lagi di sini

Kita dah maklum bagaimana reaksi Abdul Fatah yang jelas tidak senang dengan kenyataan Takiyuddin itu. Kita tunggu apa pula reaksi selanjutnya dari TITM dan Iskandar Samad ....
Comments
4 Comments

4 comments :

Dynamic Hijrah said...

Pemimpin PAS tk perlu kaji pendapat ahli dgn hanya memaku dlm jiwa raga ahli PAS "sami'na wa'ataqna" pemimpin PAS boleh kata dan buat apa saja.Dh dibuktikan dlm muktamar PAS yg lalu usul yg begitu pentingd terima tanpa bahas kerana arahan seorang Pres. Perwakilan PAS juga tk pyh susah2 pilih pemimpin terbaik d kalangan yg terbaik sebab sudah ada "CAI".
Ini satu lakaran sejarah yg amat aib yg d lakukan olih pemimpin PAS.
Pemimpin berbohong pun tk mengapa sebab pengikut PAS d ajar dengar dan taat seolah pemimpin maksum mcm pemimpin syi'ah.

Anonymous said...

Dah berbalah sama sendiri..mana presideng kamu..senyap diam membisu..janji poket masyukk..

albert magic said...

Happy pennis tu kan penjawat awam apa pasal sibuk hal politik, kalau nak berpolitik letak jawatan dan jadi full time politician

Anonymous said...

Happy pennis = Harussana sini?? Betul?? Keliru aku. Haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...