KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Sunday, December 27, 2015

Penasihat yang merapu gaban....

PAS mahu berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan Barisan Nasional kerana ia ingin membantu menyelamatkan negara, bukan kerana mahu merebut jawatan atau kedudukan, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Presiden PAS itu berkata, menasihati pucuk pimpinan parti pemerintah itu merupakan "permulaan" kepada usaha menyelamatkan Malaysia.

 Sekiranya nasihat itu tidak membuahkan hasil, katanya, PAS akan mengambil langkah seterusnya dengan mengambil alih pentadbiran negara.

 "Mesej kita bukan merampas kuasa semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkatnya, tetapi menjadi penyelamat. 

 "Permulaannya menasihati pihak yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran kepada yang baik. Baca seterusnya di sini.

Komen al-Husseyn:

Hj Hadi mahu selamatkan Malaysia daripada apa atau siapa? Apa yang mengancam keselamatan Malaysia?

Jangan nak merapulah kamu, wahai Hj Hadi! Kamu sebenarnya nak selamatkan  kedudukan PM Najib, bukan negara; sedangkan masalah negara dan punca segala masalah negara kita sebenarnya ialah Najib. 

Jika bukan Najib sebagai Perdana Menteri, tiada pembaziran, tiada kemewahan, tiada karenah isterinya yang berlebih-lebihan, tiada skandal 1MDB dan tiada derma RM2.6 bilion yang sehingga kini tidak mampu dijelaskannya.

Apakah Hj Hadi ingat Muhyiddin dan Shafie Apdal yang cuba menasihati Najib itu disingkirkan oleh Najib kerana mereka mahu merampas kuasa? Semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkat?

 Peguam Negara, Gani Patail ditukar serta merta, Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador menerima arahan pertukaran ke JPM selepas Pengarah Cawangan Khas, Dato Akhil Bulat ditukarkan... Adakah kerana mereka ini mahukan pangkat ? 

Begitulah nasib mereka yang mahu bertindak terhadap pihak yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran kepada yang baik. Harap Hj Hadi jangan cuba mahu membela kalangan yang khianat :



Sama-sama kita renungkan sepotong hadith yang melarang kita menolong pemerintah yang berbohong dan dzalim ~ Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : 

"Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh". (Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. Kata guru kami, Syeikh Syu'aib al-Arna'uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim) 
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

PR tak menang lagi PRU13 ada hikmahnya jugak. Iaitu Allah nak tunjukkan dlm PR yg didokong oleh rakyat jelata masih ada saki-baki agen sekular yg masih menyamar dlm PR iaitu kelompok UG-PAS dan UG-PKR. Hikmahnya lagi ialah Allah nak suruh penyokong PAS jgn dok ekstrem sangat perasan diri tu dah Islam sepenuhnya sehingga anggap org lain semua kafir.

Allah nak tunjuk kpd rakyat bhw tok-tok lebai pun sebenarnya kaki penipu jg. Mereka tak tahan lama blh berlakon dpn rakyat. Hanya sebilangan org agama yg blh dipercayai dlm perjuangan rakyat. Mereka semua telah ditapis.

Allah jg telah memberi kerja mudah kpd pimpinan pro-PH samada dlm Amanah, PKR atau DAP utk melihat ahli PAS telah terpecah dua. Satu sokong kerjasama UMNO dan satu lg menentang. Maka berpecah dualah penyokong2 PAS sama ada yg mendaftar ahli atau tidak.

Syukur kpd Allah, jalan untuk rakyat dlm PRU14 kelak makin mudah. Atas bantuan-Mu, kami berjaya mengetahui siapa lg tali barut UMNO yg menyamar dlm perjuangan rakyat.

- Mat Safian

Anonymous said...

betul2 gaban power ranjer mcm2 leh jdi kahkahakha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...