JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, December 11, 2015

Petanda menunjukan kerjasama PAS/Umno sudah lama terjalin ....

PAS menerima pelawaan kerjasama yang dihulurkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tetapi dengan syarat parti Melayu itu kembali kepada Islam, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Presiden PAS itu berkata, sekarang juga merupakan masa yang sesuai bagi Umno untuk kembali kepada Islam dalam setiap aspek perjuangannya. 

 “PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, sama ada politik, sosial mahu pun ekonomi.

 Baca seterusnya di sini 

Komen al-Husseyn :

Apa? kerjasama dengan Umno dengan syarat parti Melayu itu kembali kepada Islam? Bukankah sudah banyak kali PAS bertemu Umno dalam gelap? 

Bukankah sejak lama dulu lagi Hj Hadi kata bahawa Umno sudah berubah baik konon....


Bukankah telah banyak petanda menunjukan kerjasama PAS bersama Umno sedang berjalan sekarang ini?

1. PAS sudah tidak menganggap Umno sebagai musuh nombor satu mereka sebaliknya menyerang dan menganggap  DAP sebagai musuh nombor satu mereka.

2. Dulu Umno kata PAS adalah boneka kepada DAP. Tetapi kini setelah PAS bersama Umno, mereka mentohmahkan Amanah pula sebagai boneka DAP. 

3. PAS melalui presidennya menyatakan parti itu akan meletakkan calon berbangsa Cina dari DHPP di setiap kerusi yang ditandingi DAP. PAS meletakan DAP sebagai musuh utamanya, bukan lagi Umno sebagaimna lazimnya. Inilah perubahan ketara perjuangan PAS.


4. Sebuah poster yang kini disebarkan di laman sosial, yang didakwa mengesahkan lagi kerjasama antara PAS di bawah pimpinan Hadi dengan Umno. Hadi pada satu sidang media telah mengesahkan akan bekerjasama dengan Umno, tetapi berkeras menyatakan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).Tak sertai BN tapi sekadar bekerjasama dengan UMNO! Kah! Kah! Kah!


5. PAS dibawah Hj Hadi percaya harus terus memperjuangkan agenda Islam, seperti dengan menguatkuasakan hudud; dengan bantuan Umno walaupun sehingga kini Umno dilihat hanya memberikan pelbagai alasan dan menyempitkan peluang tersebut. Hingga kini PAS terus dipermainkan dan dibodoh-bodohkan oleh Umno dalam isu Hudud.

6.Keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak menyokong Pakatan Harapan menolak Bajet 2016 membuktikan parti Islam itu bekerjsama dengan Barisan Nasional (BN). PAS mengambil langkah berkecuali daripada parti pembangkang lain untuk menolak usul Bajet 2016 dibentangkan Najib yang juga menteri kewangan pada 23 Oktober lalu.


7. PAS menyatakan bersedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan akan menjadi penasihat kepada kerajaan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bersetuju untuk menerima parti Islam itu. Hadi berkata, Pas bersedia untuk bekerjasama dengan BN bukan kerana mahu merebut jawatan atau tampok kepimpinan negara, tetapi mahu membantu BN dari segi dasar pentadbiran negara.Keputusan parti Islam itu yang ingin menjadi penasihat kepada Umno.


8. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli Parlimen PAS agar tidak menyokong usul undi tidak percaya jika diadakan di Dewan Rakyat bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. Hadi berkata ahli Parlimen berkenaan perlu akur jika tidak mahu tindakan tegas diambil kerana PAS hanya akan melakukan perubahan melalui cara yang lebih sihat. “PAS tidak akan menyertai agenda melakukan perubahan politik secara tidak sihat kerana cara itu akan menghuru-harakan negara." Kata Hj Hadi. 

Apakah benar sudah berlaku anjakan paradigma di kalangan ahli UMNO seperti yang disuarakan oleh Presiden PAS?

Apakah Umno telah memenuhi syarat yang PAS kemukakan  iaitu parti Melayu itu kembali kepada Islam? 

PAS ternyata berbohong kerana telah bekerjasama dengan Umno/BN seperti 8 perkara yang saya nyatakan diatas walaupun Umno masih lagi dengan kerjabuat kezaliman dan penindasan terhadap rakyat.
Comments
1 Comments

1 comment :

An Anonymous said...

Alhamdulillah saya dpt pemimpin berjiwa besar spt TGHH.. X Macam pemimpin PAN yg tergamak sekadar jd jurucakap pd parti tertentu dlm PH..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...