GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, December 27, 2015

Presiden PAS dapat layanan istimewa Utusan

Di tengah-tengah kehangatan isu kerjasama Umno-PAS, Utusan Malaysia tampil memberi layanan istimewa kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan penuh Hadi, yang antara lain mempertahankan peranan parti itu sebagai pembangkang yg menasihati kerajaan.

 Malah, kenyataan anggota Parlimen Marang itu turut diketengah di muka depan akhbar itu.

 Manakala kenyataan penuh Hadi dimuatkan di halaman ke-12 dengan tajuk "Fahami konsep Nasihat PAS" 

 Jarang Utusan memberi ruang sebegitu kepada pemimpin pembangkang selama ini.

 Akhbar web PAS Hakahdaily turut memuatkan kenyataan penuh Hadi semalam. Baca lagi di sini

Komen al-Husseyn:

 Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah  berkata; "Musuh bila dia sokong kita...mesti ada yang tak kena..." 

Begitulah pesanan, peringatan dan amaran Almarhum Ustaz Fadhil Noor suatu ketika dulu.

Ketika berucap di  Muktamar ke-40 dulu, almarhum juga pernah mengingatkan kita semua :

"Ummat Islam mesti sedar betapa silap dan salahnya mereka menyokong sebuah pertubuhan sekular seperti Umno"

Satu dunia tahu bahawa musuh utama PAS dalam politik dari dulu kini dan selamanya ialah UMNO kerana Umno sinonim dengan penyelewengan dan rasuah.



Kalau yang disokong itu PM Najib, maka itu adalah sangat dahsyat dan berbahaya kerana Najib dikatakan terlibat dengan skandal rasuah paling besar iaitu RM2.6 bilion dan skandal 1MDB yang sarat dengan hutang.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...