GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, December 22, 2015

Siapa yang kaki kelentong ? Takiyuddin atau media?

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menafikan parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesilapan lalu Umno, seperti dilaporkan media semalam.

 Ahli Parlimen Kota Baru itu menyalahkan portal The Malaysian Insider dan mengatakan kenyataannya diputar belit. Baca lagi di sini

Kah! Kah! kah! Bila dah kantoi, salahkan orang kononnya kenyataannya diputar belit??

 Takkanlah akhbar-akhbar lain yang turut melaporkan perkara sama juga kaki kelentong? 

Berita Semasa -vdo Sinar TV

Pas sedia untuk melupakan dan memaafkan kesalahan 
yg pernah dilakukan Umno terhadap parti itu sebelum ini, 
kata SUA Pas, Takiyuddin Hassan.Laporan sinarharian
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan
berkata Pas bersedia memaafkan dan melupakan
kesalahan UMNO ~ 
freemalaysiatoday
Pas sedia melupakan segala isu yang selama ini menjadi
punca persengketaan antara parti itu dengan UMNO bagi
menjayakan perpaduan antara kedua-dua parti, demi
kepentingan orang Melayu, agama Islam dan tanah
air tercinta. - ~ 
utusan
Berikut adalah transkrip sidang media Takiyuddin di Kuala Lumpur semalam:

Pemberita: Salam perpaduan antara Umno dengan PAS, pemimpin PAS pun beri 1 reaksi positif?

 Takiyuddin: Sebagaimana kita semua maklum ucapan diberikan presiden, cuma yang penting kepada kita, perpaduan yang diperjuangkan PAS selama ini adalah perpaduan dan “unity” berasaskan syariat.

 Sebab itu sebagaimana kenyataan presiden PAS, sepanjang masa PAS berjuang atas dasar ini, sampai masanya ada pihak lain yang juga berjuang atau mengambil prinsip yang sama dengan PAS, maka PAS bersikap terbuka bersama-sama menjayakan agenda besar ini. 

 Atas kata kunci perpaduan atau perjuangan berasaskan syariat itu kita bersama-sama mana-mana pihak, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Itu kenyataan presiden kita. Jelas.

 Pemberita: So maknanya PAS bersedia “forgive and forget”?

 Takiyuddin: Itu antara ciri yang ada dalam perjuangan kita. 

 Perkara ini bukan perkara baharu. Di dalam perjuangan PAS sendiri. Ramai pemimpin parti lain. Parti Umno sendiri. 

 Yang masuk dalam PAS mereka ada kedudukan yang begitu baik. Diterima dengan hati terbuka PAS. Itu di kalangan ahli. Sekarang ini datang parti pula kita akan “apply” perkara yang sama.

 Pemberita: Apakah selepas ini PAS dan Umno akan lebih kerap bertemu dalam majlis lain?

Takiyuddin: Itu bergantung perancangan kedua-dua pihak. Kita sekarang dalam proses untuk kita berikan penjelasan yang menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat dan perkara ini. 

Pemberita: Penerimaan ahli bagaimana?

Takiyuddin: Penerimaan saudara boleh melihat sekarang ini. Perkara yang baru memang ada tahap masing-masing. 

 Tapi pokoknya dalam kepimpinan PAS, apa yang dibawa presiden PAS ini adalah satu yang bersikap kolektif atas nama parti. Itu adalah “collective decision” daripada parti. ( lapor The Malaysian Insider)
Comments
4 Comments

4 comments :

Azim Alias said...

Pemimpin pas dah jadi mulut longkang

Akim said...

Nie mesti dapat duit bawah meja nie.. ahaha

Anonymous said...

Temberang dan putar belit adalah antara ciri-ciri baru kepimpinan PAS sesi ini.

Anonymous said...

Depa dah jadi geng disebelah sinuun sebab tu ulasan hentam aje merapu macam pak2 menteri kah kah kah kalu betul pak menteri lah dia...................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...