PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Monday, December 28, 2015

Tindakan Hadi boleh cetus risiko besar

Banyak yang boleh diperkatakan tentang kerjasama Umno-PAS yang sedang heboh didebatkan ramai.

Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya, adakah Umno sudah benar berubah mnjadi baik sebagaimana yang pernah Hj Hadi dakwakan sebelum ini?

Semua orang tahu, bahawa parti Umno itu membawa dasar sekular. Bukankah Hj Hadi benci sangat dengan mereka yang sekular hingga sanggup arahkan wala'un PAS supaya menyingkirkan anggota parti yang di label sebagai sekular. Tapi bagaimana pula kini dia mahu jadi penasihat dan penyelamat kepada Umno yang sekular?

Berikut sama-sama kita ikuti kecelaruan pemikiran Hj Hadi menurut pandangan Dr Dzulkifli Ahmad :

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya tidak melupakan peranan Pas sebagai parti pembangkang yang sentiasa amalkan prinsip ‘tadafuk’ atau semak imbang terhadap segala dasar dan tindakan kerajaan serta mempertahankan maqasid syariah di negara ini.

 Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, prinsip semak dan imbang itu dalam gagasan politik bukan sesuatu yang harus, tetapi tuntutan dalam Islam.

 “Ketika dia mengambil pendekatan (menasihatkan) ini, dia sebenarnya sudah mengeluarkan Pas daripada peranannya sebagai sebuah parti politik Islam yang memenuhi tuntutan ALLAH.

 “Bila Pas dan Umno bekerjasama, dia akan meninggalkan satu impak yang besar kepada gagasan politik Malaysia, kita perlukan dua sistem parti, bukan sebuah Melayu Islam Nasionalisme yang kuat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

 Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi kelmarin mengenai kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.

 Dengan memetik surah al-Asr, Abdul Hadi berkata, surah itu menegaskan tentang konsep nasihat yang sangat penting kepada jemaah Islam dan umatnya dengan makna yang luas, termasuk terhadap musuh yang paling zalim.

 Mengulas lanjut, Dzulkefly bagaimanapun berkata, tindakan Abdul Hadi membahayakan politik negara dan Islam kerana kedudukan Pas hanya sebagai parti politik pembangkang dan bukan berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan.

 “Penasihat itu boleh dilakukan oleh mufti, NGO, tabligh, Abim, Ikram, JIM atau sesiapa pun. Lagi pun dia bukan ada kepakaran bidang tertentu seperti ekonomi. Kalau Syariah pun, lebih ramai tokoh besar yang mempunyai PhD, dan bukan dia (Abdul Hadi),” ujarnya.

 Beliau berkata lagi jika kerjasama itu diteruskan, Abdul Hadi bakal berdepan dengan gelombang kedua pemberontakan dalam Pas selepas penyingkiran golongan profesional pada Muktamar Pas yang lalu.

 “Nasihat saya kepada Tok Guru supaya cermat, jangan keterlanjuran, kerana ia akan mencetuskan satu gelombang kedua kekecewaan khususnya pemimpin-pemimpin akar umbi yang sekian lama mengenali Umno dengan segala kezaliman dan kebobrokan,” tegasnya. sumber
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Halo tuan pengarah strategi amanah, jgn sibuk rumahtangga pas boleh tak?

Gasak hadi la nak jadi penasihat ke hapa ke. Biar dia bersekongkol, senang nak kempen lawan umno/pas. Jgn dihalang, lain kali tulis la mcmana nak kukuhkan PH.

Anonymous said...

Betul tu bro. Lantak pi la dia nak buat apa pun. Nak nasihat ke nak jilat ke lantak pi la kat Hadi pil kuda ni. Cari Jalan macam mana nak perkukuhkan PH lagi berfaedah.

Anonymous said...

Benar tu... bo lh laye puok2 Penyelamat Assyobiah SeMsia dnge Ulamk Ghonimh tu...

otoote said...

Elo Bingai 8.09. PAS tu kepala bapak ko punya ke? Hadi punya ke? Ikut sedap je pulas stereng.....tak dak sistem ke? Pakai taram je.

Anonymous said...

org Um no masuk Pas ni Pas mask Umno kahkahkah Nk nasehat Dato Najib kahkahhakh Dato Najib lgi pndai dri Pas ad a fahaaaaam kahkhakah

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Halau ahli sekular lepas itu kerjasama dengan parti sekular. Makin musykil dan pelik. Dulu Islam didahulukan sekarang dah berubah Islam Melayu pula. Dulu haram bersama golongan zalim sekarang boleh jadi penasihat pula. Apakah hukum hakam berubah-ubah mengikut kehendak presiden parti Islam?

Anonymous said...

Aku syak otai fitnah pil kuda ni SBlah. Sebab semasa banyak pemimpin PAS diangkut ISA... dia bebas, semasa kecoh amanat dia... dia bebas... busuk2 patutnya akta hasutan, ketika Memali... dia bebas, boleh kata bebasnya luarbiasa sangat... dia ni SB ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...