GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, December 16, 2015

Tunggu apa lagi?

Parti Amanah Negara (Amanah) sedia bertemu dengan PAS di mahkamah berhubung kenyataan presidennya Mohamad Sabu yang didakwa mengaitkan parti itu dengan kumpulan pengganas.

 Ketua biro undang-undang AMANAH Hanipa Maidin berkata parti itu hormat pada hak semua pihak, termasuk PAS, untuk menyaman mana-mana pemimpin mereka.

 “Tetapi kami hendak ingatkan PAS bahawa AMANAH tidak pernah menganggap PAS sebagai musuh politiknya,” kata Hanipa, anggota parlimen Sepang dan bekas peguam PAS.

 Hanipa juga berkata beliau juga telah membentuk pasukan peguam untuk mempertahankan Mohamad jika parti lama mereka itu serius mahu mengheretnya ke mahkamah.

 Hanipa bagaimanapun mengingatkan bahawa AMANAH juga mempunyai hak membuat tuntutan balas terhadap dakwaan pemimpin PAS, jika kes itu dibawa ke mahkamah.

 Seorang pemimpin PAS Pulau Pinang semalam berkata PAS sedang menunggu keputusan daripada pemimpin pusat sebelum memulakan sebarang tindakan undang-undang kepada Mohamad.

 Kenyataan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu dikatakan dibuat dalam wawancara bersama sebuah portal berita awal bulan ini.

 Sabtu lalu, beliau berkata tiada sebab untuk menarik balik kenyataan itu walaupun PAS sudah membuat laporan polis terhadap bekas timbalan presiden mereka itu. ~ sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

mana takiyuddin peguam pas
teloq kena pegang dengan bini bini ke

Anonymous said...

Ramai ke bini dia? Syoknye. Hidup busy. Jawatan byk. Bola lagi. Hensem. Asai kedah dok kelantan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...