GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, December 04, 2015

Ucapan penggulungan hanya oleh presiden parti?

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengumumkan parti akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khas bagi menentukan pemimipin yang dibenarkan membuat ucapan penggulungan pada perhimpunan minggu hadapan.

 Bagaimanapun, Tengku Adnan, yang juga menteri Wilayah Persekutuan, kekal dengan pendiriannya sebelum ini, ucapan penggulungan sepatutnya hanya diberikan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

 "Pada pandangan saya sehingga ke hari ini, presiden cukuplah, tak payah orang lain.Baca lagi - di sini

Komen al-Husseyn : 

 Ini jelas merupakan langkah untuk menyekat Muhyiddin dari menyampaikan ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno tahunan minggu depan.

Menurut wartawan veteran, A Kadir Jasin,  kebimbangan berpunca daripada hakikat bahawa Muhyiddin mempunyai soalan-soalan sah mengenai hal-hal yang disembunyikan daripada ahli parti atau yang dibohongi kepada mereka. 

Soalan-soalan mengenai 1MDB, SRC International, “derma” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib dan pemecatan serta tindakan disiplin ke atas ahli parti yang mengkritik Mohd Najib, tulis Kadir dalam blognya.

Menurut Kadir, mereka takut soalan-soalan Muhyiddin dan ketua-ketua cawangan yang berani akan membuka mata perwakilan sehingga menyebabkan mereka mengubah pendirian.

“Pokok pangkalnya Najib dan konco-konconya takut dimalukan. Mereka takut kena sorak, kena herdik dan kena sindir. 

 “Paling mereka takuti adalah Muhyiddin dan para pengkritik Najib akan mendapat tepukan gemuruh. Atau penunjuk perasaan di luar dewan membawa sepanduk mengenai 1MDB dan derma RM2.6 bilion,” katanya di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...