GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, December 12, 2015

Umno berjaya mempengaruhi PAS memusuhi DAP

Arakian, amat benarlah apa yang Presiden PAS perkatakan lama dulu. Bahawa Umno telah banyak berubah menjadi bertambah baik. Umno sudah tidak menganggap PAS sebagai musuh mereka lagi. Patutlah PAU kali ini Umno tidak kutuk PAS sebagaimana lazimnya mereka lakukan.


Umno berhutang budi kepada PAS kerana berjaya memporakperandakan Pakatan Rakyat hingga berpecah.

Umno berjaya menyakinkan PAS bahawa DAP itu adalah musuh. Maka kini PAS dan Umno masing-masing menganggap DAP adalah musuh utama mereka....

Tapi Umno dan PAS amat penakut dan bacul untuk berdepan dengan DAP dalam pilihanraya. 

Umno suruh MCA atau Gerakan untuk berdepan dengan DAP. Manakala PAS pula akan meletakan DHPP untuk berdepan dengan DAP!

Alangkah baiknya kalau PAS tidak lagi mencabar Umno demi mengukuhkan perpaduan Melayu antara mereka....dan membiarkan AMANAH sahaja lawan Umno!
Ahli Umno perlu melihat DAP sebagai musuh utama mereka, bukannya PAS, kata perwakilan Terengganu Datuk Din Adam.
 Berucap membahaskan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata saranan Najib supaya parti Melayu itu menjalin hubungan dengan PAS adalah satu langkah yang baik.
 "Apa yang disuarakan presiden untuk kita bentuk kerjasama dengan PAS, adalah satu langkah yang baik.
 "Jangan pandang PAS sebagai musuh utama kita, kita kena lihat musuh utama adalah DAP," katanya pada hari kedua Perhimpunan Agung Umno ke-69 hari ini. 
 Menggunakan contoh Terengganu, beliau berkata, kebanyakan kerusi Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN) ialah kawasan pendalaman. 
 "Kawasan bandar kita tak menang, menang 17 kerusi saja.
 "Saya dengan ini rasa, perlu sangat usaha menggerakkan kerjasama dengan PAS, satu usaha murni,” katanya.
 Beliau berkata, kerjasama itu akan memungkinkan pengundi yang menyokong PAS kembali kepada BN.
 "Sebab PAS adalah orang seagama dan sebangsa. Tidak mustahil kalau sistem baik kita laksanakan di peringkat akar umbi, insya-Allah, di Terengganu orang yang sokong PAS itu akan kembali sokong BN dalam pilihan raya akan datang," katanya.
 Najib dalam ucapan dasarnya semalam menyentuh berkenaan ahli Umno perlu menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS lebih-lebih lagi parti Islam itu kini sudah meninggalkan pakatan pembangkang. – sumber 
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Keh3
Nampak sangat PAS diperkudakan oleh UMNO.
Menggunakan agama dan bangsa utk raih simpati melayu.

"Sistem baik utk akar umbi saja..."

Pi mai..pi mai ..kot tu jugak...
cakap kedai kopi ja tarafnya dibuat Umno utk kemahuan PAS

He4

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...