GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, December 11, 2015

Walaupun Lim Guan Eng tidak pernah dapat duit derma RM2.6 bilion dari Pak Arab, dia tidak lokek untuk membantu rayat Pulau Pinang

Jika Umno ditolak dalam pilihan raya umum akan datang, orang Melayu di negara ini dan umat Islam akan berada di tangan pakatan pembangkang yang dikuasai DAP yang anti-Islam dan anti-Melayu, Datuk Seri Najib Razak memberi amaran hari ini.

 Dalam ucapan dasar pada majlis perasmian perhimpunan agung Umno, presiden parti mengingatkan supaya apabila pilihan raya persekutuan yang diadakan akan datang, pengundi perlu memilih antara masa kini Umno-Barisan Nasional (BN) pakatan atau Pakatan Harapan baru ditubuhkan .

 "Realiti politik di Malaysia hari ini adalah bahawa orang hanya mempunyai dua pilihan - iaitu untuk memilih antara pakatan yang diketuai oleh Umno atau gabungan dikuasai oleh DAP.

 "Apa yang saya maksudkan adalah jika Umno ditolak, negara ini akan diperintah oleh mereka yang menentang perjuangan Islam dan orang-orang yang kafir kepada perjuangan orang Melayu dan Bumiputera," kata Najib.

 Presiden Umno itu berkata beliau lega dan gembira kerana PAS tidak lagi dengan pakatan pembangkang , dan menghulur tangan persahabatan kepada parti Islam itu.

 "Dengan hati yang besar, kita melanjutkan ikatan 'ukhuwah' dengan harapan bahawa ia akan membawa kepada kesempurnaan untuk membina Malaysia berdasarkan prinsip (Islam)," kata Najib. ~ sumber  

Komen al-Husseyn :

Kenyataan diatas adalah seringkali kita dengar dari PAS juga; betul-betul sebiji macam ini! Tidak ada bezanya. 


Sumbangan kerajaan Pulau Pinang kepada aktiviti Islam di negeri itu.

Sebab itu PM Najib mengakui beliau "lega dan gembira" kerana PAS tidak lagi dengan pakatan pembangkang dan menghulurkan tangan persahabatan  kepada PAS!

Nak tergelak bila Najib kata nak bersama PAS demi kesempurnaan untuk membina Malaysia berdasarkan prinsip (Islam)??

Prinsip Islam mana yang membenarkan penganutnya menyonglap RM2.6 bilion? Cer bagi tau? 

Najib sebenarnya hanya mengundang kemurkaan Allah bila dia cakap tidak serupa bikin - Kabura maqtan indaLlahi antaqulu mala taf'aluun (as-Syaff:3).

Najib kata jika Umno ditolak, negara ini akan diperintah oleh mereka yang menentang perjuangan Islam dan orang-orang yang kafir kepada perjuangan orang Melayu dan Bumiputera.

Korang percayakah cakap-cakap Najib yang menggambarkan Islam terancam jika berada dibawah Pakatan Harapan?

Apakah orang-orang Melayu di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang sekarang ini terancam dan tertindas kerana diperintah oleh DAP?

Walaupun di bawah DAP, Yang di-Pertuan Agong tetap menjadi ketua agama Islam bagi Pulau Pinang; bukan Lim Kit Siang!


Agong melantik Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang sejak mula lagi adalah orang Melayu...


Fungsi dan peranan Yang di-Pertua Negeri meliputi perkara-perkara berikut: 

Ketua Kerajaan Negeri
Fungsi Kehakiman 
Fungsi Pertadbiran 
Kuasa Pengampunan 
Sumber Kehormatan dan Daulat. (sumber)

Pulau Pinang juga mempunyai Majlis Agama Islam Negeri seperti mana negeri-negeri lain yang bukan dibawah DAP untuk mengurus tadbir hal-ehwal Islam di negeri itu.


Islam diberikan perhatian lebih baik berbandingkan sebelum DAP mengambil alih dari BN. Peruntukan Islam sejak tahun 2008 hingga kini adalah lebih baik dibandingkan sewaktu dibawah BN dahulu.


Peruntukan hal ehwal agama Islam yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri dulu bagi tahun 2008 berjumlah RM25.49 juta, tetapi, sekarang kita (PR) luluskan RM35.78 juta bagi tahun 2009, 2010 (RM37.85 juta), 2011 (RM63.21 juta), 2012 (RM64.03 juta), 2013 (RM54.55 juta) dan 2014 (RM51.17 juta) (Rujuk rajah sebelah).

Sekolah Agama Rakyat (SAR) tidak pernah diberi sumbangan sewaktu BN memerintah Pulau Pinang, tetapi Kerajaan Negeri hari ini memberi peruntukan RM1.5 juta tiap-tiap tahun sejak 2008 hingga 2009. RM1.75 juta tiap-tiap tahun pada 2010 hingga 2014.


Itu, tidak termasuk peruntukan kepada huffaz atau para penghafal Al-Quran pada tahun 2008 berjumlah RM30,900, diikuti, RM65,000 (2009), RM90,000 (2010), RM130,000 (2011), RM175,000 (2012) dan RM202,500 (2013) (lampiran 3). ( Maklumat lanjut sila rujuk di sini)

Walaupun ternyata Islam lebih terbela di Pulau Pinang kalau dibanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia namun Umno dan sekutu barunya, PAS tetap menggambarkan DAP bersama rakan tahaluf barunya Pakatan Rakyat sebagai “anti-Melayu dan anti-Islam”.

Walaupun Lim Guan Eng tidak pernah dapat duit derma RM2.6 bilion dari Pak Arab, dia tidak lokek untuk membantu rayat Pulau Pinang keseluruhannya.

Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang juga telah memansuhkan cukai pintu. Macam ini pun Najib dan Umno dan PAS tak boleh nampak lagi???

Kalau korang semua mahu terlepas dari bebanan cukai pintu, malah cukai GST sekali pun,  meh sokong Pakatan Harapan di tempat masing-masing!
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

xboleh ke dap saman umno tuduh dap anti islam anti melayu..politik guna isu perkauman ni susah laa..

bakat said...

Bhai.. org2 umno totok ni bila di kata islam/melayu lebih terbela bwh kerajaan dap pp... dia kata.. "skang ni nak tunjuk lah dia baik, nanti dah dpt semua power dap akan tunjuk belang lah... tarik balik semua, hapus islam, hak istimewa melayu hilang...." . Saya balas balik... bukan semua ni dah berlaku bwh kerajaan melayu umno? Diam dia....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...