Saturday, December 26, 2015

Yang kuat iman boleh melabel pengkhianat dan maki hamun?

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberikan penjelasan berhubung kenyataannya sebelum ini berhubung kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan.

 Menurut Abdul Hadi, kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.

 Katanya, ia juga termaktub di dalam al-Quran dan sunah yang menjadi dasar yang tertinggi dalam undang-undang tubuh PAS. Baca seterusnya di sini .

 Komen al-Husseyn : 

Kenyataan Hj Hadi diatas itu secara ringkasnya bahawa  parti Islam itu mahu menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat kerana ianya termaktub di dalam al-Quran dan sunah. 

Saya ingin tanya Hj Hadi, nak nasihat kerajaan bagaimana kalau dengan anak buah sendiri, iaitu ahli jemaah PAS sendiri dia gagal nak tegur atau nak beri nasihat?

1) Sewaktu pemuda berdemonstrasi depan pejabat Agong PAS, Hj Hadi berlalu dicelah-celah mereka dan dilihat seperti suka sahaja. Apa nasihat Hj Hadi?

2) Menjelang Muktamar yang lalu, beberapa orang pimpinan yang menyebelahi Hj Hadi, telah menggelar sesama jemaah sendiri dengan gelaran Munafiq Haraki, parasit, anjing dan sebagainya. Apa nasihat Hj Hadi? 

Sekadar menyebutkan dua perkara diatas itu, Apa tindakan Hj Hadi?


Sebaliknya Hj Hadi suruh mereka keluar dan tubuhkan parti sendiri!

Terbukti Hj Hadi gagal berperanan untuk menasihatkan ahlinya sendiri malah memihak kepada kalangan tertentu menyebabkan PAS berpecah. 

Hj Hadi akan diingati dalam sejarah sebagai seorang presiden yang menyebabkan PAS berpecah kerana kegagalannya bertindak saksama sebagai ketua.

Dah tu, bila ahli keluar, dilabel dengan lebih parah lagi. Seolah-olah mereka yang keluar parti seperti keluar dari Islam!


Dalam kenyataannya itu, Hj Hadi berkata, "Maka yang lemah imannya menjadi tidak Istiqamah!" 

Hj Hadi juga  meminta supaya ahlinya tidak mempedulikan pihak yang buta al-Quran.

Senang sangat dia nak melabel dan menuduh orang lain tidak istiqamah dan buta al-Quran!

Jom kita lihat bagaimana sikap orang mukmin yang sepatutnya, iaitu selalu bersikap rendah diri terhadap saudara dan teman sejawatnya dan bersikap keras terhadap musuh dan seterunya seperti yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayatNya:

Yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir.(al-Maidah:54)
Dan dalam ayat yang lain :

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. (al-Fath:29)

  Mereka bersikap lemah lembut sesama saudara muslim dan orang-orang yang berlembut dengan mereka. Mereka sentiasa berkata baik, bertingkah hemah dan akhlak yang menyenangkan sesama mukmin (Hablum minannas).

  Dua ayat tersebut menyatakan bagaimana seharusnya kita bersikap kasih sayang terhadap orang yang bersama kita dan bersikap tegas dan keras terhadap golongan kafir yang memusuhi Islam.

  Bagaimana sikap Hj Hadi terhadap Mohamad Sabu sewaktu dia jadi Timbalan Presiden PAS? Saya diberitahu, Hj Hadi tidak pernah menjengok atau bertanya khabar ketika Mat Sabu sakit ; samada sewaktu lututnya cedera parah atau masa dia diserang denggi.....

  Hj Hadi juga khabarnya langsung tidak tahu nak keluarkan ucapan semudah 'terima kasih' kepada loyar Asmuni Awi dan anaknya yang telah bersusah payah guna duit sendiri berulang alik Ipoh-Kuala Terengganu untuk membantunya terlepas dari dakwaan fitnah pil kuda tempoh hari....alahai...

 Tegas dan keras terhadap musuh bukanlah akhlak kasar dan keras yang ditonjolkan tetapi tegas dengan prinsip lebih-lebih lagi dengan syariat Islam. Tak semestinya dengan perbuatan malah dengan percakapan yang mengugut dan menakut-nakutkan.

 Jadi erti asyiddaa-u 'alal kuffar tu bagaimana? Berkeras dan tegas terhadap musuh atau orang kafir itu ialah dengan menunjukkan prinsip dan pegangan terhadap Islam. Antaranya, kita kena jaga akhlak walau dimana jua, dalam suasana apapun. 

Akhlak kita dalam berjanji bagaimana wahai Hj Hadi? Akhlak kita  terhadap keputusan syura yang telah disepakati lalu dirobek dan buat keputusan sendiri bolehkah gitu wahai Hj Hadi? Malas aku nak korek cerita lama-lama nih!

Apakah menggelar sesama jemaah sendiri dengan gelaran Munafiq Haraki, parasit dan sebagainya itu sikap warisan ambia' ?
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Dialog paling lucu di dunia:

"MASUK PAS MASUK SYURGA"

Anonymous said...

Dasar ulamak jadian...persetankan ulamak jenis nih...biar Allah saja membalasnya..

Anonymous said...

presideng adi sotong = pas

Anonymous said...

Ooit! Dia ulamak taraf dunia tu!!!
Ulamak taraf tinggi melangit ni mana pernah silap pandangan dan nasihat nya!!

Hati hati dgn kata kata mu terhadap dia, nanti dikatakan kamu babi pula!!

Ritchie Blackmore said...

Ayah chik sama spesis ayah pin..

Anonymous said...

"MASUK PAS MASUK SYURGA"
dulu dialog ni um-noBn yg main.. lenim pan** yg guna. ternyata pan umno dap sama bodo

Anonymous said...

assalam semua...
hj hadi dah lama susah..terpaksa gi menjala dan mencandat sotong
jd dh senja2 ni teringin gak nk jadi kaya raya hehehe...

Anonymous said...

Eh..dulu ada ulamak tu kata umno tu munafik.sokong umno umpama sokong munafik taraf kafir.alih2 nk jd kwn dh skrg..sapa yg bodo skrg..walaunta atau paschai

Anonymous said...

Ana sifatkan era TGHH sudah berlalu. Kerosakan Pas memang sudah berlaku. Ramai penyokong telah jadi harum manis. Begitulah perjalanannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...