GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, January 23, 2016

206 pemimpin UMNO Kedah tolak Najib, dakwa Anina

PETALING JAYA: Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin mendedahkan daripada 260 orang Adun, ahli Parlimen dan pimpinan UMNO bahagian dari Kedah yang dipanggil menyertai pertemuan terutup dengan Presiden Datuk Seri Najib Razak, hanya 54 yang menyahut seruan itu. 

Bahkan, penyokong Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikatakan berada di kalangan mereka yang hadir dalam pertemuan yang diadakan di Bangunan UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di ibu negara, petang semalam.

 “Jika semalam kononnya 15 Ketua Bahagian tolak DS Mukhriz, hari ini 206 pemimpin bahagian tolak DS (Datuk Seri) Najib.

 “Dalam 54 orang tersebut, separuh darinya adalah penyokong setia DS Mukhriz yang hadir sekadar untuk mengambil gambar muka-muka penyamun negara,” dedah Anina, dalam satu muatnaik di laman sosial Facebook miliknya.

 Pendedahan maklumat dalaman itu merungkai arahan ‘kunci mulut’ keatas pimpinan yang menghadiri pertemuan tersebut. Pertemuan itu dipercayai dilakukan selepas kepimpinan UMNO Bahagian Kedah dikatakan sudah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.

 ‘Pemberontak’ terbabit melalui Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, merayu Najib supaya campur tangan dan menggugurkan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

 “Saya juga nak beritahu DS Najib, bukan sahaja seluruh rakyat Kedah sayangkan DS Mukhriz, malah seluruh Malaysia mahu DS Mukhriz kekal sebagai MB Kedah.

 “Satu lagi perkara penting yang saya nak beritahu adalah, 30 juta rakyat Malaysia mahu DS Najib letak jawatan minggu depan,” kata Anina.~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...