GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, January 29, 2016

AG dakwa PM akan kena pecat, kata bekas hakim

Oleh Zikri Kamarulzaman 
 Tidak ada seorang peguam negara yang berani mendakwa seorang perdana menteri, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah (gambar sebelah)

 Bercakap secara umum, Mohd Noor yang juga seorang pakar perlembagaan, berkata ini kerana peguam negara yang mengerakkan sebarang tindakan ke atas perdana menteri pasi akan disingkirkan terlebih dahulu.

 "Tidak ada peguam negara akan dakwa perdana menteri kerana beliau boleh bertindak balas dengan menasihati Agong untuk memecat peguam negara," kata Mohd Noor pada satu sidang media di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya hari ini.

 Katanya, perlembagaan telah dipinda semasa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri dengan memastikan yang di-Pertuan Agong perlu mengikut nasihat perdana menteri.

 Kenyataan Mohd Noor itu dibuat dua hari selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali selaku peguam negara mengumumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan didakwa berhubung siasatan kes SRC International dan isu ‘derma’ RM2.6 bilion. 

 Apandi berkata keputusannya tidak boleh dicabar kerana perlembagaan persekutuan memberikannya budi bicara mutlak berhubung keputusan untuk mendakwa.

 Bagaimanapun, Mohd Nor yang juga adalah penasihat panel SPRM berkata secara peribadi beliau tidak bersetuju bahawa kuasa mendakwa peguam negara adalah mutlak.

 "Sebagai AG kuasa anda tidak mutlak. Anda boleh membuat keputusan, tetapi anda perlu bertanggungjawab kepada orang ramai," katanya.

 Bekas hakim itu berkata peguam negara juga boleh dibawa ke mahkamah jika beliau bertindak dengan niat jahat.

 Bagaimanapun, Mohd Noor percaya Apandi tidak bertindak di luar batasannya dan yakin peguam negara telah mengkaji kertas siasatan SPRM dengan teliti.

 Katanya, Apandi seharusnya membenarkan SPRM untuk meneruskan siasatan sehingga mereka benar-benar boleh menutup kes itu.

 "Apabila beliau mengarahkan kes itu ditutup dan tidak diteruskan, peguam negara melampaui kuasanya sedikit," kata Mohd sambil menambah bahawa tugas peguam negara adalah untuk mendakwa dan bukannya menyiasat. sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...