GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, January 12, 2016

Amanah bukan munafiq macam PAS!

Perbalahan antara PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) terus membara dengan parti serpihan itu menyindir parti Islam itu tidak berpegang kepada tahaluf siyasinya semasa bersama Pakatan Rakyat.

 Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, tidak seperti PAS, AMANAH berpegang teguh kepada janji dan akan sentiasa setia kepada gabungan politik pembangkang baru yang dinamakan Pakatan Harapan.

 "Ingat kami macam kamu? Perjanjian boleh dilanggar kerana ‘tak dimeterai di hati’?

 “Kami pegang pada janji. Hancur Umno,” kata Khalid dalam tweet sebagai mengulas kenyataan Pengarah, Penyelidikan Operasi PAS Mohd Zuhdi Marzuki yang mendakwa Pakatan Harapan tidak mungkin dapat bertahan.

 Dalam kenyataannya minggu lalu, Zuhdi berkata perjanjian Pakatan Harapan tidak akan bertahan kerana ‘tidak dimeterai di hati’.

 Ini membawa maksud pakatan pembangkang baru itu akan mengalami nasib yang sama seperti Pakatan Rakyat selepas parti sekutunya, DAP dan PAS mula berbalah mengenai cita-cita teokratik parti Islam berkenaan.

 DAP berkata PAS melanggar perjanjian Pakatan Rakyat dengan tidak berunding dengan rakan-rakan tahaluf siyasi apabila mengemukakan pindaan Rang Undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

 "(Perjanjian Pakatan Harapan) hanya ditulis tetapi setiap pihak mempunyai agenda masing-masing," Zuhdi dipetik berkata. ~ sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

aku mintak PH jangan layan dan peduli lagi pd Pas..biar dia meroyan sorang2..lantak dia lah..terus perjuangkan hak rakyat..

Anonymous said...

Perangai Dr Jentik2 tipikal perangai sebahagian Melayu yg tidak maju...penuh dgn hasad dan dengki..move forward PH!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...