GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, January 05, 2016

Benarkah Peguam Negara akan bertindak tanpa takut atau pilih kasih?

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata keputusannya terhadap hasil dapatan siasatan mengenai RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan SRC International, akan dibuat mengikut saluran undang-undang.

 “Saya akan kaji (kertas siasatan) mengikut undang-undang,” katanya kepada The Malaysian Insider menerusi sistem pesanan Whatsapp.

 Menyatakan akan bertindak tanpa takut atau pilih kasih, Apandi berkata tiada pihak yang patut memberi tekanan kepadanya untuk melengkapkan tugasannya.

 Bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan Apandi akan mengabaikan syor Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai siasatan RM2.6 bilion itu dan SRC International.

 Apandi, yang dilantik sebagai peguam negara pada Julai menggesa Dr Mahathir tidak menggunakan psikologi terbalik terhadapnya.

 “Beliau hanya cuba memberi tekanan, dan saya tidak suka ia dilakukan terhadap saya,” katanya di sini

Komen al-Husseyn :

Macam tak percaya bila Peguam Negara yang baru ini kata macam tu! Ini adalah kerana cara perlantikannya yang secara mengejut menggantikan Gani Patail banyak menimbulkan tanda tanya dan penuh kontraversi. 

Apakah tidak mungkin Apandi Ali tidak terasa terhutang budi kepada PM Najib, orang yang menawarkannya jawatan Peguam Negara?

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pernah berkata, tindakan menggugurkan Gani Patail sebagai Peguam Negara memberikan gambaran PM Najib bertindak mempertahankan kedudukan dan regimnya 
daripada disiasat panel bebas atas pelbagai salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Pelindung perasuan ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...