Friday, January 29, 2016

Eloklah PAS bersama Umno, dunia dan akhirat

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu mempunyai keyakinan dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji, yang bukan sahaja berlandaskan syariah, tetapi juga menjana pendapatan yang baik untuk para pendeposit.

 "Tabung Haji bukan bank yang beroperasi sebagai sebuah institusi kewangan yang berorientasikan ke arah memaksimumkan keuntungan berbanding pulangan kepada pendeposit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Takiyuddin berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang telah bertemu di Parlimen semalam dan apa yang diberikan oleh atas pegawai-pegawai Tabung Haji ke atas prestasi kewangan.

 Mereka mengesahkan bahawa prestasi kewangan Tabung Haji adalah baik, terutama apabila mengambil kira jumlah nilai aset dan portfolio pelaburan.

 Beliau berkata apa yang lebih penting ialah Tabung Haji menjamin bahawa bonus 2015 untuk pendeposit akan diisytiharkan dan diedarkan dalam masa terdekat.

 Komen yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia kepada Tabung Haji tidak boleh menjejaskan keyakinan pendeposit terhadap organisasi, katanya. - Bernama, 28 Januari 2016.~ sumber

Komen al-Husseyn : 

Demikian komen dari seorang sahabat Umno, selepas bersembang-sembang dalam satu pertemuan di parlimen - pastinya bukan dalam dewan persidangan parlimen tapi di luar ; mungkin di lobi parlimen atau di kantin parlimen ....entahlah. 

 Walau apa pun, nampaknya begitu mudah sekali YB Takiyuddin telan bulat-bulat apa yang Jamil Baharom kelentongkan kepadanya; lalu membuat rumusan dengan mengesahkan bahawa prestasi kewangan Tabung Haji adalah baik .....

 Hanya kerana Jamil Baharom kata, Tabung Haji jamin akan bayar bonus 2015 untuk pendeposit dalam masa terdekat ; itu yang buat Takiyuddin yakin sangat tanpa mengambil kira kemungkinan besar, TH terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit , sebagaimana ramalan Tan Sri Zeti.

Kalaulah pandangan Takiyuddin ini diterima sebagai pandangan rasmi PAS, maka ianya dilihat terlalu jauh sangat berbeza dengan pandangan parti pembangkang yang lain. Eloklah PAS bersama Umno, dunia dan akhirat.

Berikut antara kenyataan-kenyataan yang menyuarakan suara rakyat yang benar :

 Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa (Amanah) : 


Lembaga Tabung Haji (TH) tidak perlu berdolak dalik mengenai rizab kewangan institusi umat Islam itu yang kini berada dalam keadaan kritikal dengan mengeluarkan kenyataan untuk menenangkan 9 juta pendeposit dan pemegang sahamnya, tegas Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar berkata TH tidak akan dapat membayar dividen kepada 9 juta pendeposit tahun ini, kerana nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap RM1 nilai liabiliti, jika tiada tindakan diambil bagi menyelesaikan perkara itu.Baca sepenuhnya di sini

YB Rafizi Ramli (PKR) :


1. Tabung Haji tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk membayar kembali simpanan pendeposit sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 dan dijangka makin teruk bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 

 2. Tabung Haji tidak mempunyai rizab keuntugan terkumpul untuk membayar bonus kepada pendeposit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 kecuali ia meminjam wang atau mencairkan asetnya. Baca sepenuhnya di sini

Nga  Kor Meng (DAP) :


DAP menuntut audit menyeluruh dan telus ke atas penyata kewangan Tabung Haji yang menunjukkan kerugian sebanyak RM351 juta.

 Timbalan Bendahari Agong DAP Nga Kor Ming berkata, audit yang telus adalah wajib untuk menjamin supaya wang simpanan 8 juta umat Islam di Tabung Haji terjamin dan tidak terjejas.

 "Penyata kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 menunjukkan rizab terkumpul negatif iaitu kerugian terkumpul sebanyak RM351 juta.

 "Dengan kata lain, sekiranya pendeposit-pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan sebanyak RM54.358 bilion, semua aset Tabung Haji adalah tidak cukup untuk membayar simpanan tersebut dan kekurangan dana adalah sebanyak RM351 juta," ujar Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping. Baca sepenuhnya di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Kalau sedang bercinta, kentut pun jadi wangi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...