GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, January 17, 2016

Hadi: Berkawan Umno hak PAS

PAS sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa parti itu berhak menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Umno.

 Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama dengan Umno adalah lebih tertumpu kepada usaha untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini.

 Katanya, jalinan kerjasama itu itu bukan atas kepentingan politik.

 Memetik kenyataan Hadi, Utusan Malaysia melaporkan tidak salah sekiranya PAS mengambil pendirian untuk bekerjasama dengan parti lawannya asalkan pihak terbabit bersedia menerima pandangan "bersama-sama membangunkan Islam".

 Hadi turut menjelaskan bahawa sebelum ini beliau sendiri pernah diberi tanggungjawab mengetuai misi damai bagi mewakili umat Islam negara ini.

 “Pada waktu itu, kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra telah mengarahkan kedutaan kita di sana (Yaman) membantu saya secara diplomatik untuk menjadi pendamai dalam konflik tersebut.

 “Dengan urusan diplomatik itu, saya telah berjumpa dengan para pemimpin puak-puak yang bertelagah yang akhirnya berjaya mencari jalan perdamaian.

 "Maknanya pada masa itu kita (PAS) telah jalin kerjasama dengan kerajaan khususnya Umno” Hadi dilaporkan sebagai berkata.

 Semalam, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) sewaktu ditemui menyatakan mana-mana pihak yang menjalinkan kerjasama dengan UMNO/BN adalah musuh kepada parti itu.

 AMANAH juga berikrar untuk terus menganggap UMNO sebagai musuh. 

 "Kita musuh dengan BN dan siapa sahaja yang berkawan dengan BN," katanya. ~ sumber

Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Ini lah org kata lebai2 malang yg menggunakan agama utk politik. Tak payah nak tunggu PRU 14, masa pembentangan budget baru ni pun kita dah blh nilai mcmana permainan PAS.

Anonymous said...

Oh berkawan dan berbaik dengan UMNO hak PAS tapi bila PKR bersama Amanah pengkhianat apa jenis ulam dan pemimpin ini lidah sudah jadi macam lidah ular dan biawak bercabang bila menjelir kalau jadi lidah anjing boleh lagi dikatakan bagus sebab lidah anjing hanya setakat menjelir dan ternganga saja tidak bercabang kalulah lidah anjing pun dijadikan ALlah bercabang mungkin betulah seperti yang pemimpin sendiri kata bagaikan anjing menyalak bukit,ladah tak bercabang tapi bising bagaikan nak runtuk tapi bukit tidak juga hiraukan salakkan anjing itu.Fahamlah sendiri.

Anonymous said...

Tok lebai pon dah cakap, islam lain politik lain. Kerjasama menegakkan syiar Islam tak sama dengan kerjasama politik.
Dulu, puak2 ni juga pesan...jangan ambil Islam separuh, politik separuh kerana Islam bersifat merangkumi. Maka politik ada dalam Islam. Tok nak politik takde masalah, tapi kalau tok nak berdagang...kah kah kah. Kamu sedia membeli.

Anonymous said...

Pas akan ditipu umno hidup2. Tengok hudud. Umno kelate dah sokong. Lebai pas pun terpesona dgn ikhlas nye umno. Nik abuduh tanya mana lebih baik menipu atau ditipu? Abuduh masih keliru. Walaun lagi lah mudah tertipu. Huhu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...