GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, January 10, 2016

Hidupkan kerajaan pilihan raya kerajaan tempatan

SHAH ALAM - Pakatan Harapan dicadangkan untuk menghidupkan semula pilihan raya kerajaan tempatan di negeri yang diperintah gabungan itu.

 Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, cara itu memberi peluang kepada rakyat untuk memilih sendiri kepimpinan kerajaan tempatan dan dapat mengurangkan unsur penyelewengan.

 "Kita harap dalam Pakatan Harapan dapat hidupkan semula pilihan raya kerajaan tempatan. Supaya dapat elakkan dalam bentuk nepotisme, pembaziran dan korupsi... dapat dikurangkan.

 "Apabila ahli majlis dan datuk bandar dipilih oleh rakyat dan bertanggungjawab kepada rakyat, bukan kepada parti," katanya ketika berucap pada Majlis Pakatan Harapan hari ini.

 Beliau turut memberi contoh beberapa individu yang berjaya menjadi pemimpin berkaliber melalui pilihan raya kerajaan tempatan.

 Antaranya, Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menunjukkan prestasi cemerlang ketika menjadi wali kota di Solo dan Jakarta sebelum dipilih sebagai presiden.

 "Kerajaan tempatan menjadi latihan kepada pemimpin-pemimpin politik," katanya.

 Menurut Mohamad atau Mat Sabu, parti itu memperjuangkan pilihan raya kerajaan tempatan kerana ingin membawa perubahan.

 "Parti sejarah kami (Pas), oleh kerana sikap perkauman yang tebal amat tidak suka bila diutarakan hal pilihan raya kerajaan tempatan. Kami dari Amanah adalah satu perubahan terhadap kebangkitan dan kita memegang perjuangan Islam yang meletakkan Islam rahmat untuk semua," katanya. ~ di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...