GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, January 20, 2016

IGP: Mahkamah akan dedah cerita benar pembunuhan Kevin

Mahkamah akan mendedahkan kebenaran berhubung pembunuhan ngeri timbalan pendakwa raya kanan, Kevin Anthony Morais apabila suspek dibicarakan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

 Beliau mengulas gambar-gambar ngeri yang disiarkan dalam laman web Sarawak Report yang menunjukkan jasad Kevin selepas dikeluarkan dari tong drum bersimen. (Sila klik di sini )

 Berdasarkan gambar berkenaan, laman web itu menuduh polis membuat kenyataan palsu bahawa tangan si mati diikat di belakangnya.

 Walaupun Khalid berkata perkara itu akan dijelaskan semasa perbicaraan, beliau membidas Sarawak Report kerana didakwa menyiarkan laporan palsu.

 "Oleh kerana kes ini akan dibicarakan, lebih baik penjelasan dilakukan di mahkamah.

 "Kita tidak akan ikut rentak Sarawak Report yang meneruskan siri pembohongan selepas pembohongan. Orang ramai akan tahu kebenaran apabila kes itu dibentangkan di mahkamah nanti," katanya kepada Malaysiakini.

 Lapan orang, termasuk seorang doktor tentera yang berpangkat kolonel didakwa bersubahat dengan pembunuhan dan terbabit dalam jenayah itu. Mayat Kevin ditemui di dalam tong drum bersimen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 September tahun lalu iaitu 12 hari selepas beliau dilaporkan hilang.

 Sarawak Report mendakwa ia mendapat restu daripada ahli keluarga untuk menerbitkan gambar-gambar berkenaan.

 Laman web itu berkata, imej itu mendedahkan bahawa apabila lapisan tong itu dikeluarkan tangan Kevin masih boleh dilihat. "Jarinya menunjukkan bahawa Kevin cuba mencakar bahagian dalam tong drum minyak, di mana dirinya terkurung. Satu percubaan terdesak untuk melepaskan diri.

 "Gambar ini membuktikan tangan Kevin tidak terikat di belakangnya, tetapi dia ditemui dalam kedudukan seperti janin di dalam dram itu dengan tangan di hadapannya," katanya.

 Sarawak Report juga mendakwa bahawa "orang dalam" yang melihat jasad di bilik mayat hospital mendapati tiada tanda-tanda Kevin dicekik seperti yang didakwa oleh pihak berkuasa sebagai punca kematiannya walaupun sebelum dimasukkan ke dalam tong itu.

Kes Kevin juga diselubungi oleh persengketaan antara adik-adiknya, Richard dan Charles. Richard membakar jasad abangnya kira-kira dua bulan selepas pembunuhan itu tetapi tindakan itu menimbulkan kemarahan Charles yang mahu bedah siasat kedua dijalankan.

 Charles kemudian membuat akuan bersumpah bahawa beliau mempunyai pen drive yang diberikan kepadanya oleh Kevin yang memperincikan kes yang pernah dikendalikannya.

 Beliau juga mendakwa adiknya terbabit dalam kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

 Charles mendakwa singkatan tandatangan Kevin terdapat pada kertas pertuduhan yang dimaksudkan untuk Najib tetapi pihak berkuasa menolaknya sebagai dokumen palsu.

 Walau bagaimanapun, Charles, seorang pengusaha hotel yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah kembali ke Altanta. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

Sama macam kes pembunuhan al-Tantuya....walaupun mahkamah mendapati dan menghukum dua bekas komando sebagai pembunuh , rakyat kebanyakan tetap payah untuk menerimanya. Mereka tahu cerita sebenarnya ...Rakyat tahu cerita pasal pembunuhan pengasas kumpulan Perbankan Arab Malaysia, Hussain Najadi dan kini pula Kelvin...

Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Aku hairan. Mana letaknya amanah dlm diri penguasa2 yg ada. Mereka nampaknya lebih berselera melindungi penjenayah kolar putih dan jerung2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...