PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Wednesday, January 06, 2016

Islam membela semua orang tanpa mengira bangsa.

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Rakyat Malaysia bukan orang Melayu saja. Orang Cina juga rakyat Malaysia. Belum tentu apabila Melayu berkuasa rakyat akan selamat. Najib, Zahid, Hishamudin, mereka Cina?

2. Pernahkah Melayu berkuasa di Pulau Pinang semenjak PP di bawah BN sehingga kini di bawah PH? Sudah habiskah orang Melayu di PP dikerjakan oleh orang Cina?

3. Salahkah jika negara ini ditadbir oleh Cina atau India kalau mereka layak (kuat) dan amanah? Al-Quran sendiri tidak meletakkan syarat bangsa tertentu sebagai pemimpin untuk sesuatu umat.

4. Jika Melayu ingin terus memimpin negara ini (dan ingin jadi tuan), tingkatkan wibawa dan akhlak. Giatkan dakwah dan sebarkan rahmat Islam, bukan meniup semangat perkauman Melayu dan bermusuh dengan bukan Melayu.

5. Islam membela semua orang tanpa mengira bangsa. Umar Ibn al-Khattab membela Yahudi yang miskin dan mengecualikannya daripada bayaran jizyah. Baitul Mal diarah memberi pencen kepada Yahudi itu. 

6. Mulia dan hina, baik atau buruk bukan ditentukan oleh bangsa. Singapura lebih maju daripada Malaysia, padahal pemimpinnya Cina. 

7. Sudah-sudahlah dengan kerja tiupkan semangat perkauman. Agamawan perlu tampil ke depan untuk kikis dan hambur ke laut sentimen perkauman sebegini. ~ sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Benbrahem said...

Ibn Taimiyyah " innallaha yansuru baldatun 'adilah walau kanat kafirah. Wala yansuru baldatun dzalimah walau kanat mukminah". Fikir2kan dan buka mata seluas2nya pentadbiran LGE di Pulau Pinang dan Lee Hsien Loong di Republik Singapura sekadar contoh!

Anonymous said...

Maaf ckplah..sekadar pandangan hamba yg hina..aku xsetuju semangat assobiyah dikalangan kaum...melayu dgn melayu bersatu menindas kaum lain atau menghina kaum lain.tetapi sesama mereka, kejahatan dibiarkan atas semangat melayu..bukan shj melayu..malah jika cina pun seperti itu pun aku turut tentang...permasalahan ini aku xlihat dikalangan melayu sahaja.malah antara cina pun berlaku juga...aku bukan bias...semangat perkauman ada pada setiap kaum,tetapi bagi individu sesuatu kaum itu yg dpt merentasi sempadan kaum ini dan buta warna kulit dalam menilai serta menghukum, aku cukup respect lah...sepatutnya semangat beginilah yg mesti ditunjukkan oleh pemimpin, penguatkuasa lebih2 lagi yg beragama islam dlm menterjemahkan ajaran islam itu sendiri yg adil tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan.contohi lah baginda nabi yg menunjukkan contoh kepimpinan melalui tauladan..jika pemimpin xmampu menunjukkan contoh, maknanya dia bukanlah seorg pemimpin yg layak..aku menuntut kepimpinan oleh seorg pemimpin islam..yg faham tentang islam yg sebenarnya dan mempunyai tauldan sbg islam..bukan agama sahaja islam tetapi tiada langsung akhlak islam..ini yg merugikan islam.yg membawa imej buruk islam itu sendiri...dlm keadaan realiti yg sekarang;aku melihat ada individu2 islam di sebelah blok pembangkang yg layak sbg pemimpin negara..jadi pendapat aku ini dilihat dlm konteks sekarang..pemikirannya yg dilihat agak luas dan bijak.gerakannya menampakkan gaya seorg pemimpin.cuma aku khuatir jika pasukan yg dibawa itu tidak sepertinya dan keputusan2 tertentu didominasi oleh puak2 yg dibelakangnya yg tak sepertinya serta wujud agen2 tertentu yg merosakkan parti...utk itu, ciri pemimpin yg mesti ada ialah tegas dlm prinsip...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...